Sunday, October 19, 2014

HACITAM

Share


Haaa...kenal lagi tak budak ni. Ni la Citam anak derhaka budak pengelat mandi dulu tu. Citam masih duduk bersama mak hangkat dia. Dia sekor-sekor jer kat sana jadi anak emas. Anak kesayangan mak abah hangkat dan buah hati kakak dia. Sebab tu menyombong dengan mummy.


Time ni mummy hantar stok makanan Citam pada mak hangkat dia. Citam suka makan kibbles EQ campur dengan wetfood. Citam kalau tak dapat makanan yang dia suka, sanggup dia tak makan. Jadi mummy akan pastikan hantar bekalan makanan Citam sebelum stok kehabisan.


Citam ni memang suka bermanja. Dia tak suka berkongsi kasih. Sebab tu dia larikan diri sebab mummy tak boleh nak beri perhatian pada dia sorang. Tapi mummy happy sebab akhirnya Citam dapat family yang sangat sayangkan dia dan dapat beri sepenuh perhatian pada dia seekor. Memang itulah yang Citam harapkan.


Mak hangkat Citam sangat mengambil berat akan Citam. Segala apa yang berlaku pada Citam dia akan cepat-cepat beritahu mummy. Dia bimbang kalau sampai Citam jatuh sakit. Pernah sekali mak hangkat Citam call mummy semata-mata nak bagitahu air liur Citam meleleh semasa sedang mengusap Citam. Dia ingatkan Citam sakit gigi. Bila mummy datang tengok Citam sihat jer, air liur meleleh keluar tu mungkin sebab syok sangat kena usap ehehe...


Sebenarnya Citam dah berumur hampir  9 tahun. Dah berusia tapi syukur lah Citam masih sihat. Memang itulah yang selalu mummy doakan untuk anak-anak mummy semua. Mummy gembira Citam gembira bersama keluarga angkat dia. Walaupun kadang terasa rindu nak bersama Citam macam dulu-dulu. Tapi mummy tanak paksa Citam buat sesuatu yang dia tak suka, bila sesekali mummy bawak Citam balik nampak dia tak suka dan stress. Jadi mummy tak nak paksa. Citam sihat dan gembira dah cukup buat mummy rasa gembira. Semoga Citam dipanjangkan umur dan sihat sentiasa.










Mummy sayang Citam!!!

suka?

Thursday, October 16, 2014

Cerdik

Share







suka?

Wednesday, October 15, 2014

Perangai tak senonoh Momon

Share
Assalammualaikum!

Tarik napas...hembus...

Tarik napas....hembusss


Mummy dari semalam dada berombak-rombak. Kecik beso kecik beso jer mummy tengok budak Momon tu.


Al-kisahnya balik kerja semalam, mak mengadukan hal si Momon.

Mak kata, "Si Momon punya tak senonoh dia boleh memanjat naik atas bumbung stor abah pastu boleh dia kencing memancut-mancut dari atas bumbung tu!"

Kata mak masa tu abah tengah mesin rumput, mak dengan Mia duduk kat tangga dapur mengadap stor tu. Tiba-tiba merecik-recik air dari atas.

Mia jerit, "nenek hujan!"

Bila pandang atas rupanya Si Momon punya kerja. Tak senonoh betulll...cerita mak penuh perasaan. Mummy tak tahu masa tu nak marah ker nak ketawa bila mak cerita. Geram ada kelakar pon ada. Hai lah anak....








suka?

Tuesday, October 14, 2014

Mia Si Pencinta Haiwan

Share
Assalammualaikum & Selamat Pagi   ^_^



Amboii kemain happy, senyum tayang gigi. Mia kalau dengan kucing memang gembira selalu kalau main dengan rakan sebaya pon tak segembira ini, boleh bergaduh lagi huhuu...


Mia dah besar, 1 November 2014 ni Mia dah 3 tahun. Main dengan kucing pon dah tak sekasar dulu, dah makin faham. Syukur Mia sangat kasihkan haiwan, bukan setakat kucing. Anjing, arnab, ayam itik, ular juga dia sayang. Kalau yang namanya binatang semua dia berkenan.


Bila tengok Animal Planet atau National Geographic segala binatang dia cakap comel. Bila ada part zebra nak kena makan dengan buaya. Mia akan rasa kasihan, Mia akan kata, "sian zebra...ayong bagi la crocodile makan sian dia lapar..." Maklong kalau tiba bab-bab camtu memang elakkan diri tengok, tak sampai hati. Kalau boleh biarlah zebra selamat dan buaya juga tak lapar huhuu..camana tu. Mungkin bergitu jugalah yang Mia rasa, jadi maklong faham hati dan perasaan Mia ketika tu. Mia memiliki hati seorang pencinta haiwan :)










suka?

Monday, October 13, 2014

Diet

Share









tik..tok..







tik..tok...









tik tok.....








tiga jam berlalu....












suka?

Sunday, October 12, 2014

Kak Min & Kirana

Share









suka?

Thursday, October 9, 2014

Pe'el

Share
Assalammualaikum w.b.t


Lama mummy tak citer kisah bebudak jebon kan. Kalau nak citer kerenah sekor-sekor bebudak ni memang tak habis, ada jer pe'el memasing. Hari ni mummy nak luah perasaan pasal budak hitam legam, Si Kirana. Pasal pe'el budak degil nih.


Kirana ni ada satu pe'el yang memudaratkan diri dia sendiri. Pe'el suka curi makan makanan stray. Mummy tak kasi tu bukannya apa, sebab si Kirana ni kalah kalau makan kibbles untuk stray.  Setiap bulan mummy beli 10kg kibbles Kiska khas untuk stray dan 25kg Equilibrio untuk bebudak jebon.


Jejebon yang lain ok jer makan EQ tu cuma ada yg suka makan gitu saja dan ada pulak yang suka campur dgn wetfood. Tapi lain ceritanya dgn si Kirana ni, puas mummy pujuk campur dengan wetfood, campur dgn ikan rebus, ayam rebus semua tak kena selera dia. Makan sesuap dua dah. Sebab tu badan dia susah nak naik. Menten kecik jer, dia yang paling kecik di antara jejebon.


Jenuh mummy nak melayan selera budak itam ni. Kadang tu mummy campurkan Kiska tu dengan  EQ. Tapi nanti pandai jer dia pilih. Dia makan kibbles Kiska jer yang EQ ditinggalkan terkontang-kanteng dalam mangkuk. Sabo jelah!







Bila tak ikut kehendak dia. Mula lah mogok, mogok lapar. Menonong keluar rumah tak layan kite. Mummy panggil pon dia buat pekak jer..








Tapi bila makan mesti kena cirit-birit, berak cair. Itu pon tak serik-serik lagi. Sampai bila la pe'el keras kepala budak itam ni nak hilang haihhh.....

suka?