Thursday, December 31, 2009

:: Under Daun Kelapa ::

Share
M0mel

Puteh


Citam

Ni aktiviti hari Sabtu lepas...abah sibuk menebang pokok kelapa, budak-budak 3 ekor ni pun sibuk nak menyibuk huhuhu.... Aku pun sibuk gak, bukan sibuk nak menolong...sibuk meng snap gmbr bebudak nih heheh
S0wey abah..syg abah banyak-banyak ;)




suka?

Wednesday, December 30, 2009

M0mel Second Vaccination

Share




Date : 30 Dis 2009
Location : Dlm almari kat 0fis
Reason : Br lepas inject vaksin yg kedua,
last2 m0mel tertid0 kat atas riba...

suka?

Tuesday, December 29, 2009

Tahukah Anda..?

Share

1. Seekor kucing mempunyai tulang-tulang lebih banyak daripada manusia. Manusia hanya mempunyai 206 tulang, sedangkan kucing 230.

2. Daya pendengaran kucing jauh lebih peka daripada manusia dan anjing.

3. Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangaan, terutama ketika sedang melompat atau berlari.

4. Kemampuan penglihatan kucing di tempat gelap/malam hari, 6 kali lebih baik daripada manusia.

5. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan rambut yang tertelan.

6. Kucing yang sihat mempunyai suhu tubuh 38 – 39.5 O C.

7. Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.

8. Kucing betina bunting selama 9 minggu, sekitar 62 – 65 hari.

9. Rata-rata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.

10. Ailurofilia adalah istilah yang sering ditujukan pada mania/penyayang kucing yang berlebihan (korang ada kenal org camni x? huhuhu... :p

11. Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahawa kucing dalam keadaan senang. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih keras pada saat dalam keadaan stres atau kesakitan

12. Semua kucing memerlukan taurine dalam makanan untuk mencegah kebutaan.

13. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sedang menandai anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.

14. Susu dapat menyebabkan cirit birit pada beberapa kucing

15. Rata-rata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup didalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama.

16. Rata-rata waktu tidur kucing sekitar 16 jam

17. Seekor kucing domestik dapat berlari dengan kelajuan 48 Km/jam

18. Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil.

19. Kucing dewasa mempunyai 30 btg gigi, 16 di rahang atas dan 14 di rahang bawah.

20. Setidaknya sekitar 15,118 ekor kucing setiap tahun mati/terlibat dalam berbagai kemalangan.

21. Lidah kucing tidak dapat merasa kerana kurangnya sensor saraf perasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor saraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 saraf. Nafsu makan kucing terutama dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan.

suka?

Monday, December 28, 2009

Derita Bintang Sarkas

Share

Semalam semasa membaca Metro Ahad ada 1 artikel yang bertajuk Derita Bintang Saskas, tgk pada titlenya pun aku dah dapat agak yang aku tak akan suka mengetahui isi kandungannya. Ianya artikel tentang latihan yang dilakukan secara paksa dan kejam ke atas anak gajah yang telah dipisahkan dari ibunya. Anak gajah diheret hingga tersembam, kaki dirantai, tengkuk dicucuk cangkung besi dan ditujah besi elektrik adalah antara cara yang digunakan untuk melatih anak-anak gajah malang itu.

Air mata jangan cakaplah..mmg tak boleh nak ditahan-tahan, tak sanggup aku nak teruskan membaca lagi. Memang sedia maklum byk kekejaman yang berlaku pada haiwan-haiwan yg kurang bernasib baik kat dunia ni, Cuma ia akan jadi lebih menyedihkan bila aku dapat melihat kebenaran di depan mata. Anak-anak gajah yg sepatutnya hidup liar dan bebas di hutan dipaksa melakukan aksi-aksi yang langsung tak ada kena mengena dgn naluri dan keperluannya sebagai haiwan liar. Satu keadaan yang amat menyedihkan bila manusia sanggup melakukan kekejaman demi untuk mengaut keuntungan tanpa menghargai haiwan juga adalah makhluk ciptaan tuhan dan berhak hidup di bumi tuhan ini dengan sempurna.

Dalam Islam, bukan saja hak asasi manusia yang dihormati. Hak binatang juga dihormati. Sebelum ini tidak ada orang yang berfikir tentang hak-hak haiwan peliharaan, tapi Islam memberi perhatian yang cukup besar.

Seorang pelacur --sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari-- dapat masuk syurga hanya kerana ia menolong seekor anjing yang hampir mati kehausan. Ia lepaskan kasutnya lalu diikatkan dengan kerudungnya, dan diambilnya air dari sumur, lalu diminumkannya kepada anjing tersebut. Dengan begitu dosanya diampuni dan akhirnya masuk syurga.

Kisah sebaliknya...

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi bersabda, “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Dalam riwayat di Bukhari, “Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”

Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Surga dan Neraka pada shalat gerhana. Dalam Shahih Bukhari dari Asma binti Abu Bakar bahwa Rasulullah bersabda, “Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”
Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahwa wanita itu berasal dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa wanita itu berasal dari Himyar.

Jika kepada haiwan saja Islam memberi perhatian yang cukup besar, bahkan boleh menentukan nasib baik buruknya di akhirat, syurga atau neraka, apatah lagi kita sesama manusia.

suka?

Monday, December 14, 2009

Perkara Sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

Share
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

suka?

Selamat Tahun Baru 1431H / 2010M

Share

Pada 18hb Disember 2009 umat islam akan menyambut tahun baru Hijriah, tahun 1431/2010M. Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah untuk kita mengenang kembali peristiwa hijrah Rasulullah saw dari kota Mekah ke kota Madinah. Istimewanya peristiwa ini sehingga ia dijadikan permulaan kiraan dalam kalendar Islam.

Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharram ;

1. Berpuasa
2. Memperbanyakkan amal ibadat seperti solat sunat dan berzikir.
3. Berdoa akhir tahun pd hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3x
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

suka?

Thursday, December 10, 2009

Afamosa Animal World Safari

Share










The next day kitaorg pergi ke Animal World Safari lak...antara aktiviti yang ditunggu-tunggu, mmg teruja, mmg seronok!! Besar giler Safari ni ada macam-macam haiwan; gajah, unta, singa, harimau, beruang, dubuk, monyet, zirafah, seladang dan byk lagi lah.
Antara aktiviti yang ada kat Safari ni ;
- leh explore wilflife habitats & environment dengan menaiki safari trucks
- experience the animals up close ; fed and pet the rabbits, ponies, elephant and other friendly
animals (teruja dpt pegang those animals yg comel2 :D)
- cruise to the monkey island (x sempat pegi)
- elephant show (best tp sedih n kesian bila fikir camne sshnya gajah2 tu nk buat suma trick2
tu :(
- multi animal show (xsempat masuk gak sbb masa ni masih kat dlm truck lg huhu..)
- bird show (besttt.....two thumb up)
- wild wild west show (ntah pape jer hahah...)
Petangnya masuk water world lak, sempat mandi manda kejap jer sbb da ptg and da tak larat...

p/s : Ada byk sgt gmbr klau nak masuk sume, 3 pages pun x cukup :p

suka?

Melaka River Cruise

Share




This year my workplace buat family day kat Melaka Bandaraya Bersejarah.
Aktiviti pertama pada malam tu adalah menyusuri sungai Melaka bermula dari Taman Rempah hingga ke muara sungai Melaka yang mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Di sepanjang menyusuri sungai pengunjung akan dapat melihat Kampung Morten iaitu perkampungan melayu, Rumah Melayu Asal yang dibina menggunakan pasak tanpa menggunakan paku, Taman Tema Air, Perkampungan Baba & Nyonya, kawasan Jam Besar, replika kapal Flora De La Mar yang telah karam di pinggir pantai Melaka.
Memang byk benda-benda menarik sepanjangan sungai Melaka tu cuma aku tak sempat nak amik gambar sbb terlalu excited naik bot :D so ini jelah picture yang sempat aku snap untuk kenangan heheh..

suka?

Saturday, November 28, 2009

M0nkey M0mel

Share



Date : 27 Nov 2009
Day : Friday
Venue : Under rambutan tree
Petang tu lepak-lepak ngan M0mel kat bwh pokok rambutan, ngah main-main ngan M0mel tetiba M0mel melompat kat atas pokok. Ingatkan kenapa...rupanya si M0mel nampak burung hehhee...ada hati nak kejar konon, x dapek la mummy nak tolong cyg..... :D
Sebelum terlupa... Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Aidiladha to all muslim! Semoga kita lebih menghayati erti pengorbanan di hari yang mulia ini. Selamat bek0rban.... :)

suka?

Hide and Seek

Share




Ready or not, here I come!
Citam ngan Puteh main sembunyi-sembunyi hehe.....
Si Citam sembunyi kat dlm plastik, transparent lg...tak payah cari,
dari jauh Teteh dah nampak huhuu....

suka?

Wednesday, November 18, 2009

10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Share
Bulan Zulhijjah mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Oleh itu j0m kita sama-sama berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah. Di antara amalan yang digalakan adalah :-

1) Menunaikan ibadah Haji dan Umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.

2) Berpuasa pada hari-hari tersebut, terutamanya pada Arafah.

3) Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir pada-Nya.

4) Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa.

5) Memperbanyakkan amalan soleh.

6) Disyari'atkan bertakbir pd beberapa hari yg mulia itu pada waktu siang atau malam terutama
selepas menunaikan fardu solat 5 waktu yg dikerjakan secara berjamaah.

7) Disyari'atkan amalan korban.

8) Larangan momotong rambut dan kuku (khusus kpd pemunya haiwan korban sahaja).

9) Menunaikan solat hari raya secara berjamaah.

10) Penuhilah hari-hari berkenaan dgn ketaatan kepada Allah.

source - iluvislam

suka?

Monday, November 16, 2009

Its rainy day...

Share












Day : Saturday
Time : 5.15 p.m
Venue : Home sweet home

Hari ni 1 hari hujan...sejukkk.... Tak banyak aktiviti leh buat, makan tido je kot huhuhu... Kucing-kucing aku pun bergasak tido, beralih dari 1 tempat ke 1 tempat. Tengok aje spot Si Yaya tido dari atas esbox masuk dalam kotak pastu pindah kat dalam rak kasut, pindah kat atas kusyen last spot Yaya masuk dlm rumah tido kat atas bantal hehehe....sweet dreamz cyg muahhh!

suka?

Wednesday, November 11, 2009

M0mel D0mam

Share


Rentetan daripada suntikan vaksin pertama M0mel kemarin, Si M0mel d0mam la pulok hehe...mungkin kalah dgn suntikan mcm baby gak kalau kena inject yg kalah tu mesti demam kan. Cuma demamnya tak lah kuat sgt, M0mel masih ada selera nak makan dan yg bestnya dia langsung tak nak tinggalkan kotak kesayangannya tuu... :D


suka?

Tuesday, November 10, 2009

The War Between M0mel & Puteh

Share

Saja letak title camtu...bagi gempak sket hehe...
Smlm bawak si Momel gi klinik untuk first vaksin dia, letak M0mel dalam kotak tu sbb dia suka sgt main ngan kotak. Bila aku bwk balik rumah Si Teteh lak yang masuk kat dlm kotak tu. Tu yang M0mel pandang semacam je tuu....hehe lokek tol! Teteh cam paham jer terus keluar dok kat penutup kotak jer, hehe...cian dier..da x muat la syg...

suka?

Thursday, November 5, 2009

Si Gangster Yaya

Share





Tgk la tu..muka Yaya dh tembam sebelah :D
Si Yaya gaduh lagi...kali ni pipi Yaya menjadi mangsa gigitan musuh dia hehe... Biasalah kucing jantan masing-masing nak tunjuk terer. Sbnrnya mmg slalu Yaya ni bergaduh ngan kucing jiran aku, kdg2 terdengkot2, kdg2 luka kat muka, tangan, kepala. Mmg tak boleh nk ditegah dah mmg sifat dia agaknya, kucing jantan kan.. gangster la konon. Tp hampeh... harap badan je beso bila gaduh mesti kalah huhuhu....cian anak mummy, meh taruk ubat ye syg...




suka?

Sunday, October 25, 2009

Rahsia Solat di awal waktu

Share
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan diserap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Source - iluvislam

suka?

Sunday, October 11, 2009

sambungan Ops Shower

Share










.... after
Di pagi Ahad yg cerah ni, cam biasa ada Ops Shower (Operasi memandikan kucin2 aku).
Semua terlibat tak ada yang terkecuali, dimulakan dengan Yaya sbb si Yaya ni pandai sembunyi bila dgr org lain kena mandi...so atas sbb tu kena mandikan dia dulu :D
Jom kita lihat perbezaan kecomelan kucin2 aku before and after bulu dorang kering heheh.....





suka?

Ops Shower

Share










Before and ....










suka?