Tuesday, August 25, 2009

C I T A M












Profile
Nama : Citam
Nama manje :Citam Udak Cecit
Umur : 3++ thn
Jantina : Betina
Berat : 4++ kg
Favourite Aktiviti : Makan n Tido


Citt tam...slalu cmtu lah aku pggl Citam, dulu Citam yg paling kecil dlm adik-beradik dier sbb tu name mnjenyer Citam Udak Cecit (Budak Kecit) tapi sekarang...dier pon dah gemok gak sbb kuat makan dan kuat tido. Tabiat pelik si Citam nie..dier suke sgt tido kat tmpt tinggi contohnya kat atas almari ke, atas tembok ke..kat mane2 lah asalkan tmpt tu tinggi.

Citam ni kucing aku paling yg paling degil, sampai pernah mak mntk aku 'pindahkan' si Citam! Puncanya si Citam ‘membuang’ kat rumah jiran aku heheh...mane lah mak aku xhangin. Lama gaklah nak mengajar si Citam ni beradab sopan, aku lah yg kene byk sabo demi untuk menyelamatkan Citam. Mcm2 cara yg aku gunakan sampaikan pernah aku mmbuat jadual utk Citam membuang (kecil & besar).Dan akhirnya usaha aku mmbuahkan hasil apabila Citam dah paham bahase heheh...

Citam juga pernah terexcident menjadi ibu. Silap aku kerana terlewat mmbawa Citam ke klinik untuk suntikan mencegah kehamilan, pada waktu Citam disuntik rupanya dier dah pon berisi (dah mengandung lar..) Bimbang gak jika suntikan tu akan memudaratkan kesihatan Citam, tp alhamdulillah sepanjang kehamilan Citam sihat cume dier suke sgt tido kat dalam jamban =)
Satu hari aku melihat sesuatu yg pelik berlaku pd Citam, dier kelihatan gelisah dan ada sesuatu yg keluar dr tuttt...alamak! Citam nak kuarkn baby.. Tp Citam menghadapi masalah untuk melahirkan babynya dgn normal, aku terus mmbawa Citam ke klinik dan menurut kata dokter baby Citam lemah akibat dari suntikan tuu..sbb tulah Citam tak boleh menlahirkan babynya secara normal. Akhirnya dokter membuat keputusan supaya Citam melahirkan babynya secara pembedahan, cian Citam.. Citam melahirkan 3 ekor baby tp sayangnya cume seekor yg hidup. Oleh kerana Citam melahirkan anaknya secara pembedahan dier tak mahu menerima anaknya huhuh... Jadi akulah yang menjadi ibu kepada baby Citam td, aku beli susu formula untuk anak kucing dan botol susu (comel giler botol susunya). Aku pastikan baby Citam diberi susu setiap 2 jam, waktu keja pon aku curi-curi keluar ;) ..selepas memberi susu aku cepat2 pulang ke ofis. Tp sedihnya baby Citam tak panjang umur..hanya 4 hari je aku sempat jaga :(
Pape pon aku bersyukur kerana Citam berada dalam keadaan sihat selepas operation tu, smoga Citam dan kucin2 tomey aku yg laen juga sihat dan kusss semangat heheh....

No comments: