Thursday, August 27, 2009

P U T E H
















Profile
Nama : Puteh
Nama manje :Teteh Encem Boy
Umur : 3++ thn
Jantina : Jantan
Berat : 5++ kg
Teteh ni adik si Yaya, kembar Citam dan anak si Bulat. Teteh bagi aku seekor kucing yg istimewa, sebenarnya Teteh ni kureng sket mak aku kate Teteh ni kucing sindrom down sbb Teteh ni slow sket, serba serbi Teteh lambat. Pernah sekali aku melihat Teteh nk menangkap belalang...belalangnye di sblah kiri diterkamnya sebelah kanan :D, bile melompat longkang pun slalu x kesampaian (jatuh dlm longkang lah jawabnye heheh..). Lagi satu si Teteh ni xphm bile dimarah buat muke tak bersalah jer...Cuma br skrg ni jelah Teteh dah bijak skit, cuma dier lambat belajar dan lambat nk faham sesuatu perkara tu.
Teteh juga perlu diberi lebih perhatian kerana dier mudah diserang penyakit, aku cuma bagi Teteh makan ikan, ayam rebus atau makanan dlm tin.. hanya sekali sekala Teteh makan makanan kering. Teteh tak boleh makan makanan kering slalu sbb dier akan mengalami masalah sukar kencing. Pernah Teteh mengalami masalah sukar kencing sehingga aku terpaksa membawa dier ke klinik untuk dikeluarkan air kencingnya dan seterusnya dipasang tiub untuk memudahkan air kencingnya keluar. Tak sanggup rasanya melihat Teteh sakit camtu lagi, oleh sebab itulah aku memberi perhatian yg lebih padanya.

Walaubagaimana pon pernah terjadi satu peristawa yg mmbuatkan jantung aku bagai nk gugur apabila abah secara tak sengaja terlanggar Teteh sewaktu nak gostan kete, pada waktu aku mndgr sore si Teteh menjerit dah terbayang kat pale aku mcm2 sbb dari sore dier aku dpt tau Teteh dalam kesakitan. Semasa berlari mendapatkan Teteh aku tak putus-putus berdoa smoga tak berlaku sesuatu yg tak diingini. Apabila aku melihat Teteh dier masih boleh berjalan dan aku perhatikan tiada darah pd mana-mana bahagian badannya. Setelah aku teliti rupa-rupanya hanya ekor Teteh yg luka dan sedikit bulunya tercabut, syukur Alhamdulillah... Aku kemudiannya cuci luka pada ekor Teteh tadi dan aku spray ubat herbal skin heal yang aku beli di klinik sewaktu nak merawat jahitan pembedahan untuk Citam. Luka Teteh semakin hari semakin elok dan skrg ekor Teteh dah kembali seperti sedia kala =)

Walau mcmana sukar nk menjaganya, Teteh tetap istimewa di hati aku. Mummy caayaaangg Teteh muuuahhh! ;)

No comments: