Monday, December 14, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H / 2010M

Share

Pada 18hb Disember 2009 umat islam akan menyambut tahun baru Hijriah, tahun 1431/2010M. Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah untuk kita mengenang kembali peristiwa hijrah Rasulullah saw dari kota Mekah ke kota Madinah. Istimewanya peristiwa ini sehingga ia dijadikan permulaan kiraan dalam kalendar Islam.

Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharram ;

1. Berpuasa
2. Memperbanyakkan amal ibadat seperti solat sunat dan berzikir.
3. Berdoa akhir tahun pd hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3x
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

suka?

0comments: