Saturday, August 29, 2009

M O M E L

Share










Profile
Nama : Momel
Nama manje : Momel Yang Comel
Umur : 2++ thn
Jantina : Jantan
Berat : 2++ kg

Yang ni lak name dier Momel, Momel yang comel sbb si Momel ni tersangat lah comelnyer..gerammm =) . Momel ni xde kene mengene ngan si Bulat dan anak-anaknya, kisah sedih Momel ni bermula pd satu pagi yg hening ketika tu aku sedang bersiap nk gi keje, adalah seorg hamba Allah meletakkan 1 plastik bag kat seberang jalan depan umah aku. Tetiba beg plastik tu bergerak-gerak dan keluar la makhluk comel ni dengan jalan terdengkut2, aku pon trus pegi untuk melihat dgn lebih dekat..terkejutnya aku melihat seekor kucing putih yg comot dgan kaki yang berdarah (aku andaikan mungkin akibat dilanggar kereta). Sampai hati org tu buang kucing yg cedera camtu :(
Tak buang masa aku terus ambil si Momel balik ke rumah, nak bawak ke klinik masih awal lg jadi aku beri Momel makan dulu, gelojoh sggh dier makan mungkin dier kelaparan, kesian si Momel. Dalam pukul 8 lebih baru la aku bergerak ke klinik. Kat klinik luka Momel dicuci dan diberi injection untuk menghilangkan bengkak pada kakinya. Setelah ambil ubat aku bawak Momel pulang ke rumah. Hari-hari aku cuci luka dan beri Momel makan ubat supaya dier cepat sembuh, Momel pula tak banyak kerenah memudahkan aku menjaganya.
Lebih kurang dlm jangka masa 2 bulan baru luka pada kaki Momel sembuh dan mula tumbuh bulu Cuma jalannya saja yg masih terdengkut-dengkut sampai mak aku panggil si Tempang! Ade ke patut makhluk camni punye comel dipanggil gitu, abah pulak pggl si Kembang sbb ekornya yang kembang.. :D
Sekarang Momel dah pn sihat, lincah dan bijak. Dier dah jalan dgn empat-empat kaki tp jalannya tu tak tegak sgt lah, menurut kata doktor mungkin makan tahun.. ambil mase tulang dier nk sembuh sepenuhnya itu pn syukur kakinya tak patah.
Sejak Momel ade, mmg aku beri perhatian yg lebih pada Momel menyebabkan kucing-kucing aku yg laen jeles (kucing pn pandai jeles taw..) Mak slalu tegur aku;
Mak: “sian kat anak-anak ko yg lain tu kang dah merajuk susah pulak”
Aku: “Ala mak.. dgn kucing kurap kat luar umah tu pon owang syg, lagi kucing yg mmg owang bela sndirik hehe...”
Sebenarnya aku mmg syg ngan sume kucing aku, cuma wat masa ni si Momel yg perlukan lebih perhatian.
Aku saaayaaaannnggggg sume kucin-kucin kat dunia nih! Hehe..........
Peace no war ;) meeoowwww....


suka?

Thursday, August 27, 2009

P U T E H

Share















Profile
Nama : Puteh
Nama manje :Teteh Encem Boy
Umur : 3++ thn
Jantina : Jantan
Berat : 5++ kg
Teteh ni adik si Yaya, kembar Citam dan anak si Bulat. Teteh bagi aku seekor kucing yg istimewa, sebenarnya Teteh ni kureng sket mak aku kate Teteh ni kucing sindrom down sbb Teteh ni slow sket, serba serbi Teteh lambat. Pernah sekali aku melihat Teteh nk menangkap belalang...belalangnye di sblah kiri diterkamnya sebelah kanan :D, bile melompat longkang pun slalu x kesampaian (jatuh dlm longkang lah jawabnye heheh..). Lagi satu si Teteh ni xphm bile dimarah buat muke tak bersalah jer...Cuma br skrg ni jelah Teteh dah bijak skit, cuma dier lambat belajar dan lambat nk faham sesuatu perkara tu.
Teteh juga perlu diberi lebih perhatian kerana dier mudah diserang penyakit, aku cuma bagi Teteh makan ikan, ayam rebus atau makanan dlm tin.. hanya sekali sekala Teteh makan makanan kering. Teteh tak boleh makan makanan kering slalu sbb dier akan mengalami masalah sukar kencing. Pernah Teteh mengalami masalah sukar kencing sehingga aku terpaksa membawa dier ke klinik untuk dikeluarkan air kencingnya dan seterusnya dipasang tiub untuk memudahkan air kencingnya keluar. Tak sanggup rasanya melihat Teteh sakit camtu lagi, oleh sebab itulah aku memberi perhatian yg lebih padanya.

Walaubagaimana pon pernah terjadi satu peristawa yg mmbuatkan jantung aku bagai nk gugur apabila abah secara tak sengaja terlanggar Teteh sewaktu nak gostan kete, pada waktu aku mndgr sore si Teteh menjerit dah terbayang kat pale aku mcm2 sbb dari sore dier aku dpt tau Teteh dalam kesakitan. Semasa berlari mendapatkan Teteh aku tak putus-putus berdoa smoga tak berlaku sesuatu yg tak diingini. Apabila aku melihat Teteh dier masih boleh berjalan dan aku perhatikan tiada darah pd mana-mana bahagian badannya. Setelah aku teliti rupa-rupanya hanya ekor Teteh yg luka dan sedikit bulunya tercabut, syukur Alhamdulillah... Aku kemudiannya cuci luka pada ekor Teteh tadi dan aku spray ubat herbal skin heal yang aku beli di klinik sewaktu nak merawat jahitan pembedahan untuk Citam. Luka Teteh semakin hari semakin elok dan skrg ekor Teteh dah kembali seperti sedia kala =)

Walau mcmana sukar nk menjaganya, Teteh tetap istimewa di hati aku. Mummy caayaaangg Teteh muuuahhh! ;)

suka?

Tuesday, August 25, 2009

C I T A M

Share











Profile
Nama : Citam
Nama manje :Citam Udak Cecit
Umur : 3++ thn
Jantina : Betina
Berat : 4++ kg
Favourite Aktiviti : Makan n Tido


Citt tam...slalu cmtu lah aku pggl Citam, dulu Citam yg paling kecil dlm adik-beradik dier sbb tu name mnjenyer Citam Udak Cecit (Budak Kecit) tapi sekarang...dier pon dah gemok gak sbb kuat makan dan kuat tido. Tabiat pelik si Citam nie..dier suke sgt tido kat tmpt tinggi contohnya kat atas almari ke, atas tembok ke..kat mane2 lah asalkan tmpt tu tinggi.

Citam ni kucing aku paling yg paling degil, sampai pernah mak mntk aku 'pindahkan' si Citam! Puncanya si Citam ‘membuang’ kat rumah jiran aku heheh...mane lah mak aku xhangin. Lama gaklah nak mengajar si Citam ni beradab sopan, aku lah yg kene byk sabo demi untuk menyelamatkan Citam. Mcm2 cara yg aku gunakan sampaikan pernah aku mmbuat jadual utk Citam membuang (kecil & besar).Dan akhirnya usaha aku mmbuahkan hasil apabila Citam dah paham bahase heheh...

Citam juga pernah terexcident menjadi ibu. Silap aku kerana terlewat mmbawa Citam ke klinik untuk suntikan mencegah kehamilan, pada waktu Citam disuntik rupanya dier dah pon berisi (dah mengandung lar..) Bimbang gak jika suntikan tu akan memudaratkan kesihatan Citam, tp alhamdulillah sepanjang kehamilan Citam sihat cume dier suke sgt tido kat dalam jamban =)
Satu hari aku melihat sesuatu yg pelik berlaku pd Citam, dier kelihatan gelisah dan ada sesuatu yg keluar dr tuttt...alamak! Citam nak kuarkn baby.. Tp Citam menghadapi masalah untuk melahirkan babynya dgn normal, aku terus mmbawa Citam ke klinik dan menurut kata dokter baby Citam lemah akibat dari suntikan tuu..sbb tulah Citam tak boleh menlahirkan babynya secara normal. Akhirnya dokter membuat keputusan supaya Citam melahirkan babynya secara pembedahan, cian Citam.. Citam melahirkan 3 ekor baby tp sayangnya cume seekor yg hidup. Oleh kerana Citam melahirkan anaknya secara pembedahan dier tak mahu menerima anaknya huhuh... Jadi akulah yang menjadi ibu kepada baby Citam td, aku beli susu formula untuk anak kucing dan botol susu (comel giler botol susunya). Aku pastikan baby Citam diberi susu setiap 2 jam, waktu keja pon aku curi-curi keluar ;) ..selepas memberi susu aku cepat2 pulang ke ofis. Tp sedihnya baby Citam tak panjang umur..hanya 4 hari je aku sempat jaga :(
Pape pon aku bersyukur kerana Citam berada dalam keadaan sihat selepas operation tu, smoga Citam dan kucin2 tomey aku yg laen juga sihat dan kusss semangat heheh....

suka?

Sunday, August 23, 2009

Y A Y A

Share















Profile
Nama : Merah
Nama manje :Yaya Udak Emuk
Umur : 5++ thn
Jantina : Jantan
Berat : 9++ kg
Makanan kegemaran : Udang

Inilah Yaya anak si Bulat, Yaya ni tersangat la gemok sbb tulah pgglan mnjenye Yaya Udak Emuk (Budak Gemuk). Yaya berbeza dgn kucing-kucing lain sbb keadaan fizikalnya tinggi dan melengkung, ramai yg pernah dtg ke rumah dan melihat Yaya pasti akan menegur ; ade yg kate mcm pelanduk lah, anak anjing lah, anak harimau dan yg kate mcm kambing pon ade heheh...pelik tp benar. Yaya ni antara anak kesayangan Bulat sbb klau apa-apa yang berlaku mesti Bulat akan gonggong Yaya dulu berbanding dgn adik beradik yang lain semasa dier masih kecil.
Walaupon Yaya ni gemok, tp dier sebenarnya penakut. Bila waktu hujan Yaya slalunya akan sembunyi di bawah meja makan di dapur :D.. Dan bila gaduh dgn kucing jantan lain slalunya dier yg kalah... Pernah sekali sampai berlubang lehernya bergaduh dgn kucing jantan. Tp Yaya ni degil, bila mlm dier lebih suka tido di luar rumah, bila aku masukkan Yaya akan mengiau di depan pintu buat muke kesian supaya dier boleh keluar berjaga di luar rumah, kucing jantan lah katakan.
Semasa pertama kali Yaya mendapat adik, nampak macam dier tak suka..jarang sekali Yaya masuk ke dlm rumah, slalunya Yaya masuk utk mkn shj lepas tu dier akan cepat-cepat keluar. Mungkin Yaya pelik tgk binatang kecik2 tu menguit2 hihih... Tp keadaan tu tak lama, Yaya kemudiannya berubah..mungkin dah faham dan timbul rasa sayang pd adik-adik barunya. Yaya rajin bermain dan menjilat (membersihkan) adik-adiknya.
Sekarang Yaya tidaklah keseorangan lagi =)

suka?

Saturday, August 22, 2009

B U L A T

Share










From meowwmania.blogspot, presentinggg.... B U L A T :D

Profile
Nama : Bulat
Nama manje : Ibu Bulat
Umur : 7++ thn
Jantina : Betina
Anak : yg pnjg umur 3 ekor
Bapa : tidak dpt dipastikan hehee...

Bulat, kucing yg pertama dan yg plg lame aku bela..
Bulat ni sgt pembersih, dengar kate dan pandai amik ati. Bulat adalah antara kucin aku yg baik dan x byk kerenah..cukup mudah utk dijaga.
Bulat ni dibuang ketika dier masih kecil lg (org yg buang tu cume buang anak sahaja tanpa ibu). Bulat bersama 4 beradik: si abu, si putih dn si kuning. Masa tu aku kurang suke pd kucing cume biase2 aje, tp kerenah dorang yg nakal dan manje membuat aku jatuh sayang pd makhluk comel nie..
Bermula lah episode baru dlm hidup aku pd ketika itu, sebagai ibu kepada anak2 yg masih kecil.. :D tanggungjawab aku x byk beza jika dibandingkan dgn ibu mithali ewahh... Kemana2 aku pergi, antara bekalan wajib adalah air panas, susu, makanan, pasir dll untuk keperluan si Bulat 4 beradik. Pokoknya makan minum, sakit pening segalanya harus dititikberatkan demi untuk memastikan mereka membesar dgn sempurna.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun...terlalu byk peristiwa yg berlaku dlm kisah si Bulat 4 beradik, si Abu dikidnap org (krg asam btl!) si Putih mati dlm kemalangan :( dan si Kuning juga xpnjg umur (sakit). Di antara waktu itu juga, aku telah mengambil seekor lagi kucing yg aku jumpe dlm longkang, sdg menggigil kesejukkan, kucing jantan Sitam diberi nama (hitam berkilat, aku pakaikan rantai supaya mudah utk dikesan hihih). Jadi tinggallah Sitam dan si Bulat together2 membesar bersama. Sayangnya jodoh mereka x lama apabila Sitam ‘spray’ helmet abah aku, ape lagi mengamuklah org tue tuh dan akibat dr peristiwa itu sitam dipindahkan bersama seekor lagi kucing jantan yg laen (kcg adk aku) kerana berkelaluan serupa. Sedihnya bukan kepalang...aku menangis tiap kali terkenangkan Sitam, sihat ke dier? Dah makan ke ? kat mane tidonye? Camane pulak bile waktu hujan? Mcm2 yg bermain dlm fikiran aku, makan masa jugak lah utk hilangkan prasaan tuh.

Berbalik pd story Bulat td, bulat telah 2 kali berjaya menjadi ibu. Kali petama Bulat mendapat 5 ekor anak yg mana kesemuanya jantan : Yaya, Boboy, Puteh, Neneng dan Abu.Tapi yang tinggal skrg cume Yaya seekor shj (yg laen tak nak ceritalah, cedih :( ...). Kali yg kedua pula, si Bulat mendapat 3 ekor anak, 2 jantan dan seekor betina. Seekor dari anak Bulat yg jantan juga tak pnjg umur mati apabila diserang penyakit. Jadi yg tggal skrg cuma 2 ekor dan seekor drpd kelahiran yg pertama: Yaya-udak emuk, Teteh-encem boy dan Citam-udak cecit :D



Ok smpai di sini dulu, next time story pasal anak-anak Bulat pulak ;)

Daa...

suka?