Thursday, December 31, 2009

:: Under Daun Kelapa ::

Share
M0mel

Puteh


Citam

Ni aktiviti hari Sabtu lepas...abah sibuk menebang pokok kelapa, budak-budak 3 ekor ni pun sibuk nak menyibuk huhuhu.... Aku pun sibuk gak, bukan sibuk nak menolong...sibuk meng snap gmbr bebudak nih heheh
S0wey abah..syg abah banyak-banyak ;)




suka?

Wednesday, December 30, 2009

M0mel Second Vaccination

Share




Date : 30 Dis 2009
Location : Dlm almari kat 0fis
Reason : Br lepas inject vaksin yg kedua,
last2 m0mel tertid0 kat atas riba...

suka?

Tuesday, December 29, 2009

Tahukah Anda..?

Share

1. Seekor kucing mempunyai tulang-tulang lebih banyak daripada manusia. Manusia hanya mempunyai 206 tulang, sedangkan kucing 230.

2. Daya pendengaran kucing jauh lebih peka daripada manusia dan anjing.

3. Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangaan, terutama ketika sedang melompat atau berlari.

4. Kemampuan penglihatan kucing di tempat gelap/malam hari, 6 kali lebih baik daripada manusia.

5. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan rambut yang tertelan.

6. Kucing yang sihat mempunyai suhu tubuh 38 – 39.5 O C.

7. Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.

8. Kucing betina bunting selama 9 minggu, sekitar 62 – 65 hari.

9. Rata-rata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.

10. Ailurofilia adalah istilah yang sering ditujukan pada mania/penyayang kucing yang berlebihan (korang ada kenal org camni x? huhuhu... :p

11. Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahawa kucing dalam keadaan senang. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih keras pada saat dalam keadaan stres atau kesakitan

12. Semua kucing memerlukan taurine dalam makanan untuk mencegah kebutaan.

13. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sedang menandai anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.

14. Susu dapat menyebabkan cirit birit pada beberapa kucing

15. Rata-rata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup didalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama.

16. Rata-rata waktu tidur kucing sekitar 16 jam

17. Seekor kucing domestik dapat berlari dengan kelajuan 48 Km/jam

18. Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil.

19. Kucing dewasa mempunyai 30 btg gigi, 16 di rahang atas dan 14 di rahang bawah.

20. Setidaknya sekitar 15,118 ekor kucing setiap tahun mati/terlibat dalam berbagai kemalangan.

21. Lidah kucing tidak dapat merasa kerana kurangnya sensor saraf perasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor saraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 saraf. Nafsu makan kucing terutama dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan.

suka?

Monday, December 28, 2009

Derita Bintang Sarkas

Share

Semalam semasa membaca Metro Ahad ada 1 artikel yang bertajuk Derita Bintang Saskas, tgk pada titlenya pun aku dah dapat agak yang aku tak akan suka mengetahui isi kandungannya. Ianya artikel tentang latihan yang dilakukan secara paksa dan kejam ke atas anak gajah yang telah dipisahkan dari ibunya. Anak gajah diheret hingga tersembam, kaki dirantai, tengkuk dicucuk cangkung besi dan ditujah besi elektrik adalah antara cara yang digunakan untuk melatih anak-anak gajah malang itu.

Air mata jangan cakaplah..mmg tak boleh nak ditahan-tahan, tak sanggup aku nak teruskan membaca lagi. Memang sedia maklum byk kekejaman yang berlaku pada haiwan-haiwan yg kurang bernasib baik kat dunia ni, Cuma ia akan jadi lebih menyedihkan bila aku dapat melihat kebenaran di depan mata. Anak-anak gajah yg sepatutnya hidup liar dan bebas di hutan dipaksa melakukan aksi-aksi yang langsung tak ada kena mengena dgn naluri dan keperluannya sebagai haiwan liar. Satu keadaan yang amat menyedihkan bila manusia sanggup melakukan kekejaman demi untuk mengaut keuntungan tanpa menghargai haiwan juga adalah makhluk ciptaan tuhan dan berhak hidup di bumi tuhan ini dengan sempurna.

Dalam Islam, bukan saja hak asasi manusia yang dihormati. Hak binatang juga dihormati. Sebelum ini tidak ada orang yang berfikir tentang hak-hak haiwan peliharaan, tapi Islam memberi perhatian yang cukup besar.

Seorang pelacur --sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari-- dapat masuk syurga hanya kerana ia menolong seekor anjing yang hampir mati kehausan. Ia lepaskan kasutnya lalu diikatkan dengan kerudungnya, dan diambilnya air dari sumur, lalu diminumkannya kepada anjing tersebut. Dengan begitu dosanya diampuni dan akhirnya masuk syurga.

Kisah sebaliknya...

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi bersabda, “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Dalam riwayat di Bukhari, “Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”

Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Surga dan Neraka pada shalat gerhana. Dalam Shahih Bukhari dari Asma binti Abu Bakar bahwa Rasulullah bersabda, “Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”
Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahwa wanita itu berasal dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa wanita itu berasal dari Himyar.

Jika kepada haiwan saja Islam memberi perhatian yang cukup besar, bahkan boleh menentukan nasib baik buruknya di akhirat, syurga atau neraka, apatah lagi kita sesama manusia.

suka?

Monday, December 14, 2009

Perkara Sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

Share
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

suka?

Selamat Tahun Baru 1431H / 2010M

Share

Pada 18hb Disember 2009 umat islam akan menyambut tahun baru Hijriah, tahun 1431/2010M. Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah untuk kita mengenang kembali peristiwa hijrah Rasulullah saw dari kota Mekah ke kota Madinah. Istimewanya peristiwa ini sehingga ia dijadikan permulaan kiraan dalam kalendar Islam.

Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharram ;

1. Berpuasa
2. Memperbanyakkan amal ibadat seperti solat sunat dan berzikir.
3. Berdoa akhir tahun pd hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3x
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

suka?

Thursday, December 10, 2009

Afamosa Animal World Safari

Share










The next day kitaorg pergi ke Animal World Safari lak...antara aktiviti yang ditunggu-tunggu, mmg teruja, mmg seronok!! Besar giler Safari ni ada macam-macam haiwan; gajah, unta, singa, harimau, beruang, dubuk, monyet, zirafah, seladang dan byk lagi lah.
Antara aktiviti yang ada kat Safari ni ;
- leh explore wilflife habitats & environment dengan menaiki safari trucks
- experience the animals up close ; fed and pet the rabbits, ponies, elephant and other friendly
animals (teruja dpt pegang those animals yg comel2 :D)
- cruise to the monkey island (x sempat pegi)
- elephant show (best tp sedih n kesian bila fikir camne sshnya gajah2 tu nk buat suma trick2
tu :(
- multi animal show (xsempat masuk gak sbb masa ni masih kat dlm truck lg huhu..)
- bird show (besttt.....two thumb up)
- wild wild west show (ntah pape jer hahah...)
Petangnya masuk water world lak, sempat mandi manda kejap jer sbb da ptg and da tak larat...

p/s : Ada byk sgt gmbr klau nak masuk sume, 3 pages pun x cukup :p

suka?

Melaka River Cruise

Share




This year my workplace buat family day kat Melaka Bandaraya Bersejarah.
Aktiviti pertama pada malam tu adalah menyusuri sungai Melaka bermula dari Taman Rempah hingga ke muara sungai Melaka yang mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Di sepanjang menyusuri sungai pengunjung akan dapat melihat Kampung Morten iaitu perkampungan melayu, Rumah Melayu Asal yang dibina menggunakan pasak tanpa menggunakan paku, Taman Tema Air, Perkampungan Baba & Nyonya, kawasan Jam Besar, replika kapal Flora De La Mar yang telah karam di pinggir pantai Melaka.
Memang byk benda-benda menarik sepanjangan sungai Melaka tu cuma aku tak sempat nak amik gambar sbb terlalu excited naik bot :D so ini jelah picture yang sempat aku snap untuk kenangan heheh..

suka?