Tuesday, February 23, 2010

Diam-Diam Ubi Berisi

Share

"Dulu kan aku ingat ko sombong, senyap jek, cam pilih bulu nak berkawan pon ada aku tengok... tapi rupanya gonjol je"



Korang pernah tak dapat statement camni? atau korang sendiri yang mengeluarkan statement tersebut. Kadang-kadang tu bila kita belum kenal seseorang macam-macam andaian yang kita buat, sipolan tu sombong lah..tak ada perasaan lah.. eksen lah.. Lebih-lebih lagi kalau sipolan tu diam membisu seribu bahasa, tak gheti-gheti nak menyapa orang. Padahal diam tu sebenarnya adalah satu sifat yang baik.



Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).




"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)




Dah terang dan jelas, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam'. Ini tidak! asal orang tu pendiam je bantai sombong apa kes...? (pesal tetiba aku yang emo nih) Tapi sebenarnya... bila kita dah kenal dan berkawan betul-betul barulah kita sedar sipolan tadi rupanya sama je pale otak ngan kita kan.... Macam orang jawa cakap lah... "don't judge a book by its cover". Kesimpulannya kita jangan lah suka suki nak menilai orang, tak kenal maka tak cinta yer dak? Bagi yang dah kena sound sombong tu pulak...tak gheti-gheti ke nak ubah, diam boleh tapi cuba banyakkan senyum...lebihkan manis dalam senyuman tidak mengapa jangan lebihkan manis dalam minuman karang kena kencing manis pulak.


Amboiii manisnya senyuman....

Haa...yang ni bukan senyum, yang ni tersengih




p/s : ingatan untuk aku sendiri jangan suke-suke nak kutuk-kutuk orang yer, pada sesiapa yang pernah terasa hati ngan aku dengan rasa rendah diri aku mintak maap banyak-banyak, aku hanyalah manusia biasa yang tak lari dari membuat khilaf dan dosa... Maaf Zahir dan Batin, Selamat Hari Raya
(asal mintak maap je hari raya..asal hari raya je mintak maap)



suka?

1 comments: