Sunday, February 21, 2010

Hot tips!

Share
POoommmm........!!!

ooomak kau malatop!
heh apa benda tu????
laa....org excident lar..
motor dengan motor...sikit jer, baik tak apa-apa

Rumah aku ni betul-betul kat simpang empat, mmg hotspot selalu sangat berlaku kemalangan kat sini. Tak ada traffic light dan masing-masing tak nak mengalah, makin dekat dengan simpang makin ditekan minyak.. dok mengharap orang lain yang behenti. Orang yang lain tu pon harap camtu jugak lah..sudahnyerrrr.... pooommmmm!!! tebaboo... (eh pesal cam lain je bunyiknya ekk..)

Kat dalam surat khabar kebelakangan ni pon, selalu sangat kes-kes kemalangan maut ni menjadi tajuk utama. Antara yang pernah aku baca; kemalangan bas Sani Ekspress yang mengakibatkan 10 maut, 6 sekeluarga yang rentung melanggar traler di seremban dan yang terbaru kemalangan ngeri yang mengorbankan 4 saudara.

Tapi tak boleh nak cakap jugak bila excident nih, kadang-kadang tu bila kita dah menggunakan jalan raya dengan sehabis berhemah..orang lain lak yang menghentam kita, yer dak? Abis caneee.....??

Sebab tu mak aku selalu pesan baca doa bila naik kenderaan, berkali-kali dia ingatkan tak jemu-jemu...pada tiap kali aku atau adik dan abah aku sendiri nak memulakan perjalanan. Mak akan berdiri kat tepi pintu tengok kiteorang sampai hilang dari pandangan sambil mulut dia sendiri terkumat-kamit mendoakan semoga selamatlah perjalanan kitaorang pergi dan balik.

Aku nak share sikit tips yang aku sendiri dah lama amalkan tiap kali nak memulakan perjalanan. Dimulakan dgn bismillah...pastu baca al-Fatihah, 3 Qul, ayat Kursi diikuti dengan bacaan doa menaiki kenderaan. Kita mintak perlindungan dari Allah ...akan rasa lebih mantap dan dilindungi insya'Allah...

Panjang pulak entry kali ni...mesti korang dah bosan tengok ayat-ayat dan perkataan yang entah betul ke tidak grammer nyer. Ok tak per...aku dah sajikan sesuatu yang menarik untuk santapan korang jom kita layan gambar yang comel lagi momel nih.






mata kuyu je baru bangun tido...

cakk!! pandai posing yer...

alolo...comel sggh!
pinjam ekor buleh..?


suka?

1 comments: