Thursday, March 11, 2010

Bahagia Menghadapi Ujian Allah

Assalammualaikum...(tiba-tiba jadi sopan hari ni..)

Kat dalam surat khabar hari ni ada berita tentang kematian seorang pelajar perempuan yang berusia 16 tahun setelah 3 hari tidak sedarkan diri. Daripada bedah siasat awal mendapati kematian berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi setelah tertelan panadol berlebihan. Tapi punca sebenar tidak diketahui berikutan bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah larangan kepada pihak hospital daripada melakukan bedah siasat penuh. Al-fatihah dan salam takziah kepada keluarga mangsa dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman amin....

Dalam kita mengharungi kehidupan sehari-hari, kita akan sentiasa diuji. Kadangkala kita rasa seperti tak tertahan lagi apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian yang diberi oleh-Nya hinggakan terlupa sebenarnya ada lagi orang yang lebih hebat ujiannya dari apa yang kita hadapi. Hakikat sebenarnya orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba-hambaNya yang disayangi.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.”

Oleh itu janganlah kita mengeluh dan menderita dalam menghadapi ujian-Nya sedangkan kebahagian menanti dalam setiap ujian yang dihadapi. Yakinlah segala ujian adalah ketetapan dari-Nya dan ada hikmah dan rahmat disebaliknya.

Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud

“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan urusannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”

Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”


Justeru, hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya. Kerana semakin sayang Allah pada manusia, semakin dia diuji, namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.
Wallahu’alam


source : iluvislam

No comments: