Friday, March 5, 2010

Cukup Matang Kah Anda...?? (Cewwahhh...... seriusnya tajuk)

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac untuk Tahun 2010 ni, kejap je kan masa berlalu. Bagi sesiapa yang telah menyambut hari lahir atau yang akan menyambut hari lahir diucapkan Selamat Hari Lahir (padan muka kita semua makin tua huhu...) Bila umur dah semakin meningkat ni hendaknya semakin matang lah kita dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup yer dak? Persoalannya cukup matang kah kita? Macamana nak mengukur tahap kematangan kita? Haa...aku ada terjumpa satu article baekk punya! Yang nak aku kongsikan di sini, mengenai tanda-tanda kematangan yang boleh kita belek dan nilai untuk diri kita sendiri. Jom baca....



Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur



Setelah membaca point-point di atas terasa betapa tidak matangnya diri ini. Terlalu banyak yang nak diubah dan dibaiki (itu aku lah...korang aku tak tahu). Hanya kita sendiri yang boleh menilai tahap kematangan kita. Semoga kita sama-sama mencuba untuk sentiasa memperbaiki diri agar berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Caiyok caiyokkk!


source : iluvislam

No comments: