Monday, April 5, 2010

Cerita kedai kopi??

Share
Hari ni ada seorang sahabat meluahkan perasaan dan masalah yang sedang membelenggu hidupnya pada ketika ini (ewwahhh...kemain lagi ayat) dan kebetulan hari ni aku bermurah hati dan baek hati eh! ada ke orang baik ngaku baik? (nampak sangat ketidakbaikkan aku huhu..) Tujuan aku bukanlah untuk mengajar atau pon nak bagi khidmat nasihat sebab aku ni bukannya dari golongan orang bijak pandai pon, pijak lantai boleh la (apa kena mengena?? ah! bedal lah..)


Kawan aku cakap dia sedih sangat dengan apa yang berlaku dalam hidup dia sekarang, sampai dia tanya apa agaknya dosa sampai dia diuji sebegitu rupa. Katanya lagi kenapa dia tak boleh hepi macam orang lain.


Aku cakap pada kawan aku yang kita tak boleh nak bandingkan macam tu, sebab bila kita fikir macam tu kita akan fikir perkara-perkara yang negatif yang akan membuatkan kita rasa lebih tertekan sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Contohnya kalau kita ada motor jgn bandingkan diri kita dengan orang yang ada kereta tapi cubalah pandang orang yang cuma berbasikal dan dari situlah akan timbul rasa syukur dan sedar yang sebenarnya ada lagi orang yang kurang bernasib baik dari kita. Memang aku simpati dengan apa yang berlaku, dan yang termampu pada ketika ini hanya lah dgn memberi kata-kata semangat supaya terus bersabar, jangan putus asa berikhtiar dan terus berdoa untuk mintak pertolongan dari Allah swt.


Sebab mak aku selalu cakap yang Allah tidak akan sekali-kali menguji kita diluar kemampuan kita, dalam Al-Quran pun ada jelas diterangkan. Semua orang ada masalah masing-masing, tipu lah kalau ada orang kata yang dia tak pernah ditimpa masalah atau musibah. Allah menguji hamba-Nya dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama, sama ada nak tambah iman kita atau nak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana ujian itu juga lah, kita akan jadi lebih kuat dan secara tak langsung dapat mendidik kita supaya jangan mudah berputus asa.


Dan aku percaya ada hikmah besar yang menanti di setiap ujian yang Allah berikan pada kita. Allah akan membuka jalan mungkin dengan cara yang tidak disangka-sangka jika kita sabar dalam menghadapi ujian-Nya, jangan buruk sangka pada Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha penyayang dan Dia tidak akan menganiaya hamba-Nya walau sebesar zarah sekalipun.


Salam...
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi


Setuju ke dengan lirik lagu ni? Pada aku tak salah jika kita nak meluahkan masalah tetapi tidak lah di kedai kopi atau lebih tepat bercerita sana sini. Lebih-lebih lagi jika masalah itu melibatkan keluarga dan pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi untuk menjaga maruah keluarga. Pada saat rasa dah tak tertahan lagi dgn ujian yang dihadapai kita selalunya akan mencari seseorang yang kita percaya untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hati.


Dan jika kita adalah orang yang dicari maka hargailah kepercayaan yang diberi, berikanlah apa jua bentuk bantuan yang termampu kita beri pada waktu itu walaupon dengan hanya menjadi pendengar kerana sebenarnya mereka cuma ingin meluahkan perasaan untuk mengurangkan beban di hati. Dan yang paling penting jagalah maruah sahabat kita itu seperti kita menjaga maruah sendiri. Kerana aku percaya banyak yang terjadi apabila sahabat yang kita percayai mengkhianati kepercayaan yang diberi dan lebih teruk lagi sanggup memutarbelitkan cerita hanya kerana terjadinya selisih faham atau berkecil hati.


p/s: sejak bila pulak aku pandai bagi ceramah bebas nih?? Sila teruja


AMARAN: Entri ini tidak bertujuan untuk menunjuk ajar atau kurang ajar hanya sekadar ingin berkongsi cerita dan peringatan untuk diri sendiri yang senantiasa melakukan perbuatan yang lagha (sambil tunduk muka, kuis-kuis kaki dekat lantai..)

suka?

0comments: