Sunday, May 30, 2010

Incredible Reunion of MAN and GORILLA

Share
Dua tahun lalu, kisah reunion dua orang lelaki dengan CHRISTIAN seekor singa yang dibesarkan di London menjadi sensasi YouTube. Sampai sekarang ni kalau aku tengok lagi video reunion CHRISTIAN tu memang kompem meleleh-leleh air mata. terharu, gembira, sedih, seronok, konon-konon bayangkan macam aku jela yg kat dlm video tu tengah peluk peluk si CHRISTIAN tu kann... Ok ok dah! kang ter emo payah lak.. ada yang belum pernah tgk video CHRISTIAN the LION tuh?? ok tak per...nnti aku attachkan sekali video CHRISTIAN tu ok.


Sekarang ni nak stori pasal reunion Aspinall seorg lelaki dan KWIBI seekor gorilla. Kat dalam video tu, kelihatan seorang lelaki meredah sungai di hutan Afrika sambil memanggil manggil KWIBI. lelaki itu berharap dapat mencari gorila yang ditinggalkan pada usianya lima tahun supaya dapat hidup bebas dan liar di situ. dan tanpa disangka akhirnya gorila itu muncul di tepi sungai! 


Aspinall terus mendapatkan KWIBI, dia duduk dengan berhati-hati dan menunggu KWIBI. KWIBI datang dan menyapa lembut, menghembus-hembus dan terus mengenali Aspinall. seperti CHRISTIAN, KWIBI juga turut memperkenalkan Aspinall kepada isteri-isteri dan anak-anaknya (ehh! isteri-isteri?? ohh haiwan mmg camtu..tak pelik OK)


Selepas beberapa ketika, KWIBI terus memeluk Aspinall seperti dia tidak mahu lagi kehilangan temannya itu (masa ni mata aku dah kabur yer...tunggu nak jatuh je air mata tuh sob sob..) dan apabila Aspinall naik bot untuk pulang, KWIBI terus mengikut bot lelaki itu... dia sanggup meredah sungai dan seterusnya tidur di seberang sungai tempat perkhemahan Aspinall. Pada keesokkan paginya pulak semasa lelaki itu mandi, KWIBI masih ada kat situ!!


walaupon Aspinall yang membesarkan KWIBI di sebuah zoo di selatan England, selama 5 tahun KWIBI yang berusia 10 tahun ini telah hidup liar di hutan Gabon. Tiada jaminan KWIBI akan mengingati Aspinall tetapi apa yang berlaku sangat sangat mengagumkan! Aspinall berharap akan dapat bertemu lagi dengan KWIBI pada masa akan datang.


“I go to Gabon three or four times a year, so I’m always hopeful I can see him. But it’s no different than if you go to see a friend of yours in another country, and you meet and you have a reunion, and then you go on your separate lives again,” he said.


very sweet... you had me on tears... 
how humble these animals are.. 
if we can be just like them.. 
this will be a better world... 
(petikan kata-kata dr seorg peminat video ni)


yang ni pulak, video reunion CHRISTIAN THE LION (sediakan tisu yer kengkawan..)




CHRISTIAN i always love you......


p/s: haa...sedih tak?? mesti ada yang nanges tu kann...baik ngaku huhu.. Ok moral of the stori, sama-sama lah kita ambil contoh dari sikap haiwan yang bergitu besar, kuat dan gah kejadiannya tetapi masih menebal perasaan kasih sayangnya.

suka?

9comments: