Monday, May 3, 2010

jom kita tido sayang sayang semua........

Share
ngantuknya mata ni...
nak masuk beradu awal lah malam ni
sebelum tu nak kena setelkan rutin harian sblm tido

kena siapkan tmpt tido untuk M0mel ngan baby Abu, nak kena tukar alas kain ngan bantal dorang. Sebab budak berdua ni tido kat dapur. Momel atas magazine table, Abu lak kat dalam bakul basikal. Ingat lagi masa first time aku jumpa Abu yg dibuang kat kawasan rumah aku, malam first tu aku tidokan Abu kat dalam bakul basikal, sampai la ke hari ni dia masih tido kat bakul tu lagi. Bezanya dulu kena dukung masukkan sebab basikal tu tinggi tapi sekarang Abu dah pandai masuk sendiri (dah beso rupanya anak mummy..teruje!) Kucing aku yang lain tido merata tempat, Yaya suka tido atas kusyen, Bulat atas meja kaca, Citam suka tido atas tikar, si Puteh lak suka menyibok nak tido dgn orang..ikut dia la nak tido dgn sapa malam tu. Kalau dia dah buat keputusan nak tido dgn sapa (isk tak boleh keji lagi ke ayat aku ni hahaha...) si Teteh akan mengiau ngiau kat dpn pintu bilik pastu terus meloncat atas katil amik port tengah-tengah katil terus baring terlentang wahhh sukati aje!


lepas tu nak kena basuh bekas makanan dan minuman bebudak ni, sebab dorang ni tetengah malam buta pon nak makan pastu mesti nak bekas makanan tu sentiasa bersih ajee...amboi amboi amboiii..... kalau bekas tu macam dah kotor ke, sanggup je duduk tercongok je kat tepi tu tunggu org basuhkan padahal bukan kotor apa pon air liur sendiri gak hahhaha..


lepas siap semua baru boleh fokus utk diri sendiri. nak menggosok, mencuci dan membersih segala bagai. Ok penat sudah, nak carik si momel ngan budak kecit abu nak tidokan dorang dulu.


mana la bebudak 2 eko nih...??


suka sangat tido kat atas tiang seri ni...
wahh! tiang seri ker??? sukati aku je kann

lenanya tido..nnti jatuh la sayang...

jom tido kat dalam bakul, mummy dukung yer...


mana pulak abg momel nih???







haa dah dah!
jom tido dah malam ni...
sok kita main lagi yer huhuu~

suka?

4comments: