Tuesday, May 25, 2010

membawa BABY berjumpa vet ehhh BABY???

Share
first and foremost, aku nak mintak maap banyak-banyak kepada semua kengkawan pencinta kucing dan terutama sekali pada kucin aku si 'ABU'. ini adalah kerana telah berlaku kekeliruan identiti terhadap ABU yang selama ni aku yakin sungguh bahawasanya dia adalah seekor kucing jantan namun sebaliknya dia adalah girl a.k.a kucing betina yer kengkawan. aku sendiri pon konpius macam mana aku boleh gagal dalam menentukan jantina kucin aku (keadaan ini tidak pernah berlaku sblm ni yer..harap maklum)


ingat lagi masa pertama kali aku jumpa ABU, dia sangat aktif (terjal) pastu kuat makan. bentuk tubuh ABU yang agak berotot dan tough plus sifatnya yang sangat dominan membuatkan aku menyangka ABU adalah jantan. ABU sangat independent dan tak takut langsung dengan kucin kucin aku yang lain walaupon saiz badannya yang kecil pada ketika itu.


petang tadi bawa ABU jumpa vet sebab pipi ABU benjol lagi..hehh entah menatang apa la yang geget dia kali ni, mana tak nya...segala lubang nak dikoreknya semua benda nak dijelajah sudahnya sampai bengkak sebelah pipinya. dan kesempatan itu juga aku ambil untuk mendapatkan kepastian dari doktor tentang status jantina si ABU, dan keputusannya..........sah kompem dan sahihlah ABU adalah betina huhuu.. jadi aku ambil keputusan untuk memanggilnya BABY sahaja.



masuk je dalam kereta terus dok
menyelit kat tepi seat, tanda protes la tuh...


diajak duduk atas riba pon tak mahu


baby sangat sangat tak suka naik kereta, 
mabuk agaknya huhuu~


setelah lama dipujuk-pujuk barulah naik ke atas riba


minta diusap-usap badan sepanjang perjalanan,
haloh halohhh manja nyeww..............


yang ini gambar setelah berjumpa vet
masih pening pening lalat~



itulah benjolnya


sudah aktif kembali....sekejap aje diamnya tuu


p/s: doktor kata ada 2 option samada nak buat minor surgery atau tunggu sehingga bengkak yg bernanah tu pecah dgn sendiri, kata beliau kalau nak buat surgery tu kena puasakan si baby ni bermula dari pukul 7 mlm ni kena stop bagi dia makan. macamana aku nak stopkan budak pelahap ni makan hadoiii~

suka?

16comments: