Monday, May 31, 2010

"STOP Plans To Build An Animal-Testing Labaratory in Malacca" PETITION!

Share
petang tadi sambil tersengguk sengguk, sambil sambil melayari internet, klik   klik   klik...pastu klik masuk kat web SPCA tertarik pada satu post  Sign The Petition to Stop Plans For An Animal-Testing Laboratory in Malacca, Malaysia < ----- klik! terus aku baca laju-laju. Ditaja oleh SPCA Selangor, Friends of The Earth Malaysia, British Union For The Abolition of Vivisection (BUAV), European Coalition to End Animal Experiments (ECEAE), mereka sedang mengambil langkah-langkah untuk menghentikan cadangan bagi membina Animal-Testing Labaratory dari Melaka Biotech milik kerajaan Malaysia dan Vivo biotek, sebuah ujian kontrak syarikat India! watdeheck!!! terus terang bijik mata aku!


geram! sedih marah dengan apa yang aku baca, ditambah pula ada gambar-gambar haiwan yang menjadi mangsa ujian dalam makmal-makmal seperti itu. kenapa?? kenapa semua ni terjadi?? kadang-kadang aku jadi marah pada diri sendiri kerana tak terdaya nak berbuat apa-apa. " Ya ALLAH, sesungguhnya Kau maha pengasih, Kau maha penyayang..lindungilah haiwan-haiwan yang hidup di muka bumi ini daripada kekejaman manusia-manusia zalim ya Allah..amin amin amin ya rabbil alamin..."    cuma doa itu sajalah yang mampu aku pohonkan pada-Nya.


mereka menggesa agar kita dapat mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menghentikan cadangan pembinaan makmal tersebut salah satunya dengan menandatangai petition ini sebagai bantahan terhadap cadangan itu yang hanya akan mengakibatkan penderitaan dan kematian ribuan haiwan setiap tahun. aku menyeru kepada teman-teman seperjuangan, rakan-rakan blog, sahabat-sahabat di alam cyber dan semua rakyat malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama menandatangani petition tersebut untuk menyatakan bantahan dan memberi kutukan paling keras ke atas cadangan-cadangan yang seumpama ini serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang seterusnya bagi menangani isu ini.


Goal 10,000 signature yang diperlukan sehingga ke hari ini baru mencecah angka 4,669 kalau dilihat dari senarai yang telah menandatangai petition tersebut bukanlah datangnya dari Malaysia sahaja tetapi negara-negara luar seperti Jerman, Sweden, United Kingdom, India, Ohio, Australia, Taiwan dan banyak lagi rakyat dari negara-negara luar yang prihatin dengan isu ini..kenapa tidak kita sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya lebih lantang bersuara bagi menghalang perkara seperti ini berlaku di negara kita sendiri.


aku sendiri terlambat dan terleka dengan isu-isu penting seperti ini, dan mungkin juga ada di antara rakan-rakan yang baru mengetahui perkara ini, and the best part is, kita masih belum terlambat untuk turut sama menyokong usaha ni so jom kawan-kawan! bagi yang telah dulu menandatangai petition ini, tahniah dan syabas diucapkan kepada anda. semoga usaha kita ini mendapat kejayaan insya'Allah.


macam mana nak sign?? sangat mudah first korang klik je kat "Sign The Petition..." kat atas tuu. Pastu akan keluar paparan macam kat bawah ni, korang lengkapkan aje form dengan mengisi nama, email, address dan sebagainya tu jangan lupa lengkapkan ruangan yang besar tu dengan kata-kata bantahan korang untuk memberi lebih impak kepada surat korang tu yer..pastu klik sign. Seterusnya utk confirmkan tekan sign lagi sekali, selesai... Pastu boleh lah korang war-warkan pulak kat ibu-ibu, bapak-bapak, adik, kakak, abang, pokcik, mokcik, sedare mare, sepupu sepapat sepipit korang OK 



sign the PETITION!


p/s: mood sedih memanjang, asik teringat pada gambar-gambar yang dah tertengok tadi..KEJAM!!!

suka?

11comments: