Saturday, June 12, 2010

ada orang buang baby..melampau!

Share
kejadian berlaku pada hari khamis malam jumaat, masa tu aku tengah mengadap laptop dgn muka berkerut, sebabnya... internet teramat la selow (bila la line nak ok nih hadoiii...) Tetiba terdengar suara baby mula-mula tu sayup-sayup je pastu makin lama makin kuat pulak, aku pon terus keluar mencari ke mana arah suara baby td...dalam keadaan gelap malam aku bergantung sepenuhnya pada kepekaan kedua belah telinga...tiba-tiba terdengar sesuatu dan nampak rumput bergerak-gerak. Sambil mencangkung aku memanggil baby tu supaya datang kat aku, alahaiii kecik sgt, baby lagi ni...lebih baby dari si BABY. weiii sapa punya keje nih?? tak ada otak ke buang baby sekecik nih! camana dia nak hidup tanpa susu ibu dia...eee geramnya aku!!!




Cuba korang tengok sendiri baby ni...


|
|
|
|
|
V




kesian kan, baby meow ni masih terlalu kecil utk terpisah dari ibunya. lihat lah dari raut wajahnya yg tak mengerti apa-apa, pandangan matanya bagai mengharap ada insan yg sudi menyayangi  sedih sangat sangat...



malam tu aku cuma bagi si kecil ni makan makanan basah yg dicampurkan bersama air masak, tak dapat nak bagi susu sebab dah lama tak ada baby meow kat rumah ni.


esoknya pagi-pagi datang ofis terus setelkan kerja-kerja urgent, plan nak siapkan kerja sebelum pukul 10.30 sebab klinik haiwan bukak time tu pastu nak terus pegi belikan susu dan botol susu untuk si kecil ni, kesian dia dari malam tadi tak menyusu


kebetulan bos cuti, seb baik ada cik ili yg sangat-sangat memahami naluri aku sebagai mummy meow ni..so cik ili lah yg tolong cover, time kasih cik ili lain kali nak mintak tolong cober lagi yerk huhuu..(klau bos aku baca ni mampuiii...owhh bos aku tak baca blog, selamatt...)


lepas beli tu aku terus balik rumah, dari luar dah dengar si kecik ni mengiau-ngiau...terus aku buat susu laju-laju pastu kasik dia. bersemangat si kecik ni minum chot chott bunyiknya...tapi selepas beberapa kali menyusu dia terus lepaskan puting susu tu, bila aku kasik lagi dia tak mahu..tak sedap agaknya mana nak sama ngan susu ibu dia kan...sian sangat


sebenarnya kalau boleh dah tak mahu tambah anak-anak bulus lagi, mak aku cakap; "dah banyak sangat ni cukuplah..jagalah yang ada ni elok-elok" tapi mana sanggup aku nak biarkan aje si kecik ni, jadinya aku buat tak gheti aje...dengar gak mak bising-bising dgn abah marahkan org yg buang kucing tu..ah aku buat tak tahu jelah..mak pon sayangkan kucing sbnrnya cuma tak mahu terlalu banyak kucing kat rumah ni dan bimbang jika sampai mengganggu jiran sebelah menyebelah. masa ni la ingat kalau dapat umah cam papa meow tu alangkah bestnya...luas dan selesa untuk kucing-kucing aku. mesti jugak nak carik rumah mcm tu!


kucing-kucing aku yang lain macam biasa lah..bulu memasing dah terpacak pastu hidung kembang kempis dok menghidu bau. si BABY yang paling garang, marah betul dia pada si kecik nih...aku pujuk-pujuk pon tak mahu terus lari menjauhkan diri, BABY jeles ok... cian BABY. bila tengok si kecik ni berdiri sebelah BABY nampak sangat BABY dah besar, kalau tidak selama ni dia la yg paling kecil hehee...


si kecik ni tak nak menyusu sangat, tapi baik la dia nak makan makanan basah tu..kalau tak nak menyusu tak nak makan lagi la risau. tapi aku paksa jugak la dia minum susu...tiap 4 jam aku bagi, sikit pon jadik lah


dari mula tengok si kecik ni malam tu, dengan tubuh kecil molek jalan terkedek-kedek dia tu terus jatuh sayang...rasa nak tinggal sekejap pon sayang, tengok dia makan, tengok dia menyusu, tengok dia bermain, tengok dia shi-shi, tengok dia po-po, tengok dia tidur ehh pokoknya asik tengokkkk ajelah!


tengok botol susu dengan si kecik ni pon botol susu lagi besar haha... tak per mummy jaga, cepat besar yer sayang. mintak sihat aje amin....


p/s: BABY pandai majuk taw, sian dia membawa diri...aku dukung BABY pastu pelok-pelok dia, sayang-sayang dia, pastu cakap kat dia "mummy sayang baby la..jgn majuk yer..BABY kan dah besar, adik tu kecik lagi sian dia tak ada ibu" terkebil-kebil mata si BABY entah ke paham entah ke tidak huhuu..

suka?

15comments: