Saturday, June 26, 2010

ANJANA The Lovely Chimpanzee

Share

Institute of Greatly Endangered Species di South Carolina - Anjana, seekor cipanzi telah menjaga dan merawat dua ekor anak harimau putih yang bernama Mitra dan Shiva seperti anaknya sendiri. Mitra dan Shiva telah terselamat dari ribut taufan dan kemudian terpisah dari ibunya. Cipanzi yang berusia dua tahun ini telah memberi kasih sayang yang diperlukan dari seorang ibu kepada dua anak harimau ini.


Sebelum harimau, Anjana pernah membesarkan anak singa dan harimau bintang. China York, seorang penjaga zoo selalu membawa Anjana ketika menjaga anak harimau, ketika memberinya susu, dan ketika menemankan anak-anak harimau itu bermain. Melalui pemerhatian itu, Anjana belajar melalui apa yang dilihatnya dan cuba meniru dan melakukan perkara yang sama. Monkey see, monkey do.


Ikatan yang terjalin antara Anjana dan anak-anak harimau itu sangat mengagumkan. They are inseparable. Walaupun anak harimau itu bermain kasar, cipanzi mempunyai kulit yang sangat tebal yang dapat melindunginya dari terluka. Dan sebenarnya kekuatan yang Anjana miliki adalah lebih daripada kekuatan anak-anak harimau ini. Dari itu adalah tidak mustahil tak tidak menjadi masalah kepada Anjana yang dengan senang hati ingin mengasihi dan memanjakan anak-anak harimau yang telah kehilangan ibunya ini.






LOVE goes beyond everything


p/s: mengikut kajian yang dibuat hampir 95% gen cipanzi sama dengan gen manusia, ini membuktikan cipanzi adalah haiwan yang sangat bijak. Bezanya hanya 5% dari manusia tetapi kenapa kdg kala aku rasa cuma 5% je otak manusia berfungsi kerana ada yg sanggup membuang anak sendiri darah daging sendiri, sedangkan haiwan yang berlainan spesis mampu berkongsi kasih dan sayang.

suka?

5comments: