Tuesday, June 22, 2010

Budak halang KUDA CACAT dibunuh

BIDDLECOMBE berdiri dekat seekor anak kuda padi yang cacat pada wajahnya



SOUTHAMPTON - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun berharap dapat mengumpulkan derma beribu-ribu pound sterling supaya seekor anak kuda padi jantan kesayangannya yang dilahirkan dengan keadaan muka yang cacat dapat menjalani pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu, Little Maddison Biddlecombe pernah merayu kepada keluarganya supaya anak kuda yang bernama Diego itu tidak dibunuh kerana mempunyai rupa paras yang pelik.

Biddlecombe berharap dapat mengutip dana untuk membiayai operasi pembedahan yang dilakukan oleh seorang doktor gigi kuda yang dijangka mencecah kos sebanyak £4,000 (RM18,889).

Diego dilahirkan pada 12 Mei 2010 dengan masalah Sindrom Hidung Senget yang menyebabkan kuda itu mempunyai sebatang hidung yang bengkok dan rahang yang terkehel.

"Saya sangat sayangkannya dan dia membenarkan saya menciumnya dan memeluknya," kata kanak-kanak tersebut. - Agensi

credit to Kosmo!


p/s: tengok! budak kecik yg pendek akalnya pon boleh ada niat nak cuba selamatnya kuda istimewa nih, yg org dewasa pulak amik jalan mudah je nak bunuh, hehh sukati jek! bukannya cacat kuda tu sampai membahayakan kesihatan ponnn isk isk...

7 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

budak pon tahu.
tapie kebanyakkan orang putih memnag sayang pada binatang.
tapie orang kita?
binatang pon di sepak-sepak sampai matie.

Nur said...

alalala... ciannya
cute sungguh kuda tu kan cuma sedikti cacat di bahagia muka.

so touching bila d gal really love diego.. hopefully operation tu berjaya...

m4rilyn said...

cik pinkie winkie...
saya stuju ngan kata2 kamu.
yang ngaku islam...dorang kne ingat..Nabi SAW sayangkan hewan esp kucing.

SheY PuLL said...

pendek kate...sesetengah manusia nye...otaknye lagi kecik dari kuda..heheh

Qisha said...

budak ni berhati suci..terharu..kalaulah semua macamni..

touyakaruma said...

budak tu otak still suci , tak fikir pasal duit ...

Boyachilles said...

haiwan mmg berhati manusia, tp yg heran naper manusia ni berhati haiwan...sedih kalau nak difikirkan