Wednesday, June 2, 2010

Doa Rakyat Malaysia DIPERLUKAN



Berita terkini wartawan dan jurukamera Astro Awani yang ditahan selama 28 jam oleh tentera Israel selepas kapal Mavi Marmara yang dinaikinya ditahan rejim itu pagi kemarin telah dibebaskan. Seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia juga telah dibebaskan dan telah tiba di Jordan hari ini. Pihak kerajaan Jordan akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing, alhamdulillah...


apa yang terdaya kita lakukan untuk membantu mereka? nak buat demontrasi? buat bantahan? nak boikot barangan yg berkaitan dgn rejim zionis nih? dulu pon sibok pasal nak boikot barangan israel nih tapi itupon sekejap aje kan..tak bertahan lama pon, maklumlah terlalu banyak produk-produk mereka yang berada di pasaran tempatan dan menjadi terlalu sukar apabila produk-produk ini dah dianggap sebagai salah satu keperluan harian.


boikotlah barangan israel semampu yang boleh


tapi boleh ke segala bantahan dan boikot ni menghentikan kesengsaraan mereka di Palestin? rasanya israel dah terlalu kebal dari ancaman-ancaman kecil yang mampu kita lakukan tu, agaknya langsung tak ada kesan pada mereka kot. Negara yahudi mendapat sokongan yg kuat dari negara-negara barat yg menjadikan negara islam sebagai musuh utama mereka.


tapi pada aku semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah, jadi tiada satu pon perkara yang mustahil jika ia di atas kehendak-Nya. DOA adalah senjata mukmin! Oleh itu, jom kita sama-sama berjuang dengan apa saja cara yang termampu, walau hanya dengan solat dan berdoa untuk kesejahteraan mereka yang berjuang di jalan-Nya.


p/s: pada hari jumaat 4hb jun ini, semua masjid dan surau di seluruh negara diminta melakukan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah serentak selepas solat Jumaat bagi mendoakan keselamatan aktivis yg menghantar bantuan ke Gaza, jadi pesanan pada bapak-bapak, pokcik-pokcik, abang-abang dan adik-adik jgn lepaskan peluang ni yer...jgn pulak lepas je bagi salam terus berdesupp preng preng moto cabut!  tunggu baca doa pon tidak! no no noo...

5 comments:

fndrocka said...

ni cerita lama..cuma insiden2 terbaru je yang akan selalu mengingtakan kita

Latest Entri : Kisah Kapal Mavi Marmara

meowwmania said...

fndrocka,
cerita lama kee..xtau lak sbb bc kat utusan m'sia online td

btw, thanks for the info

messyremo said...

nth bape kali nk boikot..
betol kate fndrocka

lps tu mcm bese semula...
kene ade tindakan proaktif...

ItaJeff said...

sy jumpa link Condemn the Gaza Flotilla Massacre kat satu blog, dah sign the petition...
http://www.petitiononline.com/Gaza2010/petition.html

m4rilyn said...

boikot...kalo boikot tu mendatangkan keburukan kat diri sendiri xyah le...tu dah menyusahkan.

lebih afdal kita berdoa pada Nya.

pasal sembahyang tu, saya yakin para saudara seagama kita kat Makkah dok ddoa hampir tiap waktu...alangkah best kalo saya masih kat sana...