Monday, June 21, 2010

Firefighter menyelamatkan kucing dari kebakaran

Share


Situasi ketika berlaku kebakaran di sebuah kondominium milik Maria Rabun di San Diego, California. Dalam keadaan kelam kabut, Maria mencapai kucingnya dan bergegas keluar dari rumahnya. kondominium itu telah pon dipenuhi dengan asap. Setelah keluar dari pintu depan, dia menyedari bahawa Roxy, seekor kucingnya masih tertinggal di dalam. Bagai nak gila si Maria ni apabila menyedari keadaan tu.


Ahli bomba yang datang untuk memadam kebakaran terlihat Roxy, sedang tersandar di pintu. Terdapat kesan cakar di pintu tersebut menunjukkan bahawa Roxy berusaha untuk keluar. Roxy semakin lemah dan keseluruhan bulunya telah pon dilitupi dengan debu. Morrison, salah seorang firefighters telah menyelamatkan Roxy keluar dari rumah itu dan memberinya topeng oksigen sebelum kembali untuk memadam kebakaran.


Luar biasa, Roxy sembuh tak lama setelah ia diselamatkan. Roxy mula bergerak dan berjalan seperti biasa walau keadaannya seketika tadi amat lemah dan tidak bernyawa. Ini bukanlah kali pertama Roxy terselamat, Roxy telah menggunakan satu daripada 9 nyawanya apabila dia dibuang dalam tong sampah di belakang restoran sebelum ini.


Maria menangis ketika dia melihat Roxy. Roxy bukan sekadar haiwan kesayangan padanya, Roxy telah dianggap sebagai ahli keluarganya. Maria sangat berterima kasih atas apa yang Morrison lakukan untuk dirinya dan Roxy.



p/s: kucing ada 9 nyawa tapi tak bermakna kita boleh melakukan sesuka hati terhadap mereka kerana mereka juga seperti kita boleh merasa kesakitan dan mempunyai perasaan.


credit to lovemeow.com

suka?

7comments: