Saturday, June 19, 2010

Pencarian nama untuk si KENIT

si KENIT


kalau PM sibuk mencari nama untuk kucing parsi yang baru dibeli di Majlis Pelancaran Beli Barangan Malaysia baru-baru ini. aku pon nak menyibok gak mencarik nama untuk si kenit aku nih ngeh ngeh~ si kenit yang dibuang orang hanyalah kucing biasa, kucing malaysia bukan parsi dan bukan siam. idaklah sekali-kali aku akan membeli kucing parsi atau siam yang gebus-gebus dan comel-comel di petshop itu. sebab pada aku kucing-kucing terbiar ni pon dah banyak sangat berkeliaran tak bertuan bukankah lagi elok kita membela nasib dorang ni..iyer dak kengkawan?? sila geleng kepala tanda setuju dan angguk kalau tak setuju ahaks~


kucing-kucing yang aku bela sekarang ni semuanya kucing-kucing terbuang. Ibu BULAT adalah kucing pertama yang aku bela pada tahun 2000 kalau tak silap, BULAT empat beradik yang aku jumpa pada ketika itu hanya berusia beberapa minggu meranggak mencari ibunya kerana kelaparan sehingga terjatuh ke dalam longkang. siapa yang buang tu memang lah ngok! anak-anak kucing tu dah la diletak dalam kotak kecik pastu letak pulak dekat sgt dgn longkang pastu buang anak je tanpa ibu camanalah dorang nak hidup, kalau diingat-ingat memang geramm!


ibu BULAT yang pemalu


pada waktu itu aku tidak pernah membela kucing, jadi aku memang tak ada pengetahuan untuk menjaga kucing apatah lagi anak kucing yang masih memerlukan susu ibunya untuk hidup. kasihan melihat BULAT empat beradik kelaparan aku nekad memberi mereka susu nespray yang dibancuh dalam botol susu bayi (bayi manusia yer bkn bayi kucing) sebenarnya tak boleh bagi susu kita pada kucing apalagi anak kucing, boleh menyebabkan cirit birit yang teruk pada anak kucing ni tapi masa tu aku memang bebal, memang tak tahu langsung tentang penjagaan kucing tapi dengan kuasa tuhan dorang membesar sihat seperti kucing biasa. adik beradik BULAT?? panjang lagi kesah BULAT ngan adik beradik dia yg lain kalau nak cerita semua mahu 3 malam tanpa bintang tak habis-habis, aku imbas sikit jelah yer..dan sejak itulah aku mula mengambil tahu tentang kucing dan cara-cara penjagaannya.


eh! ni nak citer pasal si KENIT ke pasal BULAT hahah...sori lah budak KENIT, ibu BULAT interframe kejap. ok berbalik pada cerita si kenit tadi sebenarnya dah sepuluh hari aku menjaga si kenit nih, dah semakin buncit, semakin bijak, semakin nakal dan semakin demand budak kenit tu tahu..susu dah tak nak minum makan pon dah pandai memilih amboi amboi amboiii...(laga-laga ibu jari jap..) Ni lah tengah dok memikir nama utk si KENIT sorang nih, utk pengetahuan si KENIT ni betina yer..aku dah belek-belek, dah perati betul betul so memang tak silap lah ahaks~


p/s: si KENIT ni aku panggil KENIT dia dtg, panggil BABY dia dtg, panggil MOMEL pon dia dtg haihhh kena bagi nama cepat ni nampaknya. Kalau sesiapa ada cadangan nama tu sila-silalah yer..

8 comments:

Roronoa Zoro said...

kalo anggil kelabu jer? ok?

xpon "buu" je kat dia.. ada sekor kucing yg kakak saya bela nama buu jugak.. hehe

m4rilyn said...

princess K

muahahahaha

sebab ngengada sangat :)

sI tEDI said...

ekekekek..s emua nama dia datang, ekekekeke

kenit pun okey. sbb dia mmg kenit. he he he.

Alahai..
sebijik mcm Dak Itam masa kecik2. besau ni lah. he he he

meowwmania said...

roronoa zoro,
kelabu? bulu si kenit tu kelabu ke itam ekk..konpius lak den hehee

m4rilyn,
princess yer..menarik tuh, akan dipikirkan

mmg ngengada ponn huhh

s| tED|,
mmg kenit pon tp kang kalo bila da beso, pgglnya kenit skali dtg beso gedabak daa hahah..

haa..bulu dia kaler itam kan bkn klabu kan thehehe...

m4rilyn said...

reminds me of my pet dulu,panggil dia kecik sbb dia kecik sangat sbb kurang kasih sayang.lepas saya balik bercuti sbualn...terus dia membesar bagai johan..pening mama saya sbb perubahan mendadak..terus kami panggil dia Boy. nasib dia accept nama tu

::CaHaYa KeJaYaAn:: said...

setuju2..br nk cadangkan name princess..dlu ade kucing ni, kami namakan princess..adik lak pelat, tak pndai sebut, so jd la "PINSES" = PRINCESS la sebenarnye..hehe

::CaHaYa KeJaYaAn:: said...

setuju2..br nk cadangkan name princess..dlu ade kucing ni, kami namakan princess..adik lak pelat, tak pndai sebut, so jd la "PINSES" = PRINCESS la sebenarnye..hehe

Lepat Pisang said...

Hm,bagi jer nama dia Cik Ketot..coz kecik sangat dia ni..he..he..