Sunday, June 13, 2010

kisah BUDAK KENIT

Share
assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi

hye cat lovers!
just a quick update, masa terhad sangat.. sori tak dapat nak mengiau kat blog rerakan sekalian. sejak ada budak kenit ni tak boleh nak online lelama, ni pon sebab si kenit ni tgh tido selepas puas berpusing-pusing atas laptop last-last masuk kat dlm bag laptop tertido kat dlm tu, ok biarkan sekejap sat lagi aku keluarkan huhuu...


rutin harian berubah sama skali, bgn seawal jam 6 pagi kadang-kadang lom pukul 6 dah terjaga sebab si kenit ni dah menjerit-jerit, bangun sediakan makanan dan susu dulu pastu lari jap pegi solat then baru melayan dia. Nak bagi susu bukan senang tak boleh nak dipaksa, tunggu la si kenit ni bermain-main, meloncat-loncat, memanjant-manjat bila dia datang kat aku..baru disuapkan puting susu tu kat mulut dia pastu minum sekejap je dah meloncat-loncat lagi sabar jelah... lepas makan dan menyusu bawak si kenit ni kat pasir dia pulak, nak soh dia shi-shi ngan po-po tu satu hal lagi..karang dia dah mencangkung tetiba nampak semut lalu ke dahh melompat-lompat tak jadi nak melepas, kadang tu terkais sana terkais sini dah port baik punya melepasnya tak jugak hadoiii...naik keras aku nak menunggu dari pagi yg gelap kini sudah terang dok kat situ jugak, bawak bersabo jelah...


ok budak kenit ni dah bangun dah terjerit-jerit, apsal kejap sgt tido nih..haloh halohh seb baik la kamu ni comel hehh!







p/s: penat dan mengantuk huarghhh....

suka?

6comments: