Tuesday, June 29, 2010

nasib anak-anak yatim piatu

Share
Assalammualaikum ~

hai tawan-tawan...hari ni nak share gambar bebudak ni beronggeng kat laman, budak bertiga ni sama-sama anak terbuang, sama-sama anak yatim piatu sebab tu dorang bertiga ni sangat-sangat memahami perasaan memasing ahaks~





MOMEL nang shomel

dah lama rasanya tak upload gambar budak bermuka bolat nih, si MOMEL ni walaupon dia kucing jantan yang terkenal dgn ciri-ciri macho dan perasan tetapi dia sangat penyayang. senang je dia nak terima kalau ada kucin baru yang aku  bawak balik ke rumah, mungkin dia faham adik-adik baru ni senasib dgn dia. kalau nak harap si BULAT ngan anak-anak dia yang eksen tak henggat tu memang tak payahlah, memasing sombong oke...padahal si BULAT tu pon asalnya stray cat jugak! tak sedo diri la tuh wakaka...  


ermm...mangienya munger nih

cuba perati betul-betul ada si MERAH budak gemok dalam gambar nih, sila carik kucing berwarna oren yang berekor kontot seperti wabbit eh! rabbit daa....


adik pijak kat sini lar adikk....

haa tengok ni! baby MUSHUK dah pandai nak memanjat-manjat pokok, ni sume abg MOMEL yang ajar yer...suka ajar adik dia buat yang bukan-bukan. haritu si MOMEL bawak BABY pegi meredah semak kat belakang rumah jiran aku...habis satu badan BABY penuh dengan rumput yang melekat-lekat tuh haihh....


aikk montot sape tuh?

sila fokuskan pandangan anda pada budak bermuka bolat di balik pokok tu yer...hahh! jangan dok skodeng kucin yang nak membuang tuh kang ada yang mata ditumbuhi ketumbit! 
ayokk tak tawu...


haa.... ini BABY, dah besarkan dia...

sejak dah jadik kakak ni dah semakin matang perangai dia macam dah tak layak je nak panggil BABY so atas sebab itu aku dah start panggil dia KAKAK BABY ngeh ngehh~


uiks...KAKAK BABY nampak apa tuu?

siapa tak nampak baby MUSHUK memang tak patut, mentang-mentang lah kaler bulus dia dah serupa ngan pokok tu kann hahahah.......


tak sakit ke tengkok tu dok mendongak aje??

sebenarnya ada burung kat atas pokok ni, tu yang khusyuk je bebudak ni tengok...aku yang tengok sekejap ni pon dah naik sengal tengkok, tapi bebudak ni rilek je fokus kat burung tuh...


 eleh baby MUSHUK tuuu...ada hati nak tangkap burung, 
baru panjat sekerat jalan dah melorot ke bawah huahuahua.....


tetap maintain ayu walau tengah tido, 
OMG! (oh makcik guard!) ayu nyew~



p/s:  KAKAK BABY sayang kat adiknya, selalu dia jilat bersihkan bulu baby MUSHUK tapi yang selalunya kena buli jelah adik dia ni kann...sian kat baby MUSHUK, abang MOMEL dah selamatlah kalau tak dia yang selalu kena buli ngan si BABY  *sigh

suka?

12comments: