Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa, ABAH!

Share


hari ini 20 Jun 2010 adalah HARI BAPA, tidak bermakna nak tunggu Hari Bapa baru nak ucapkan terima kasih kepada kaum bapa tetapi Hari Bapa merupakan satu hari yang dikhaskan untuk kita menghargai  jasa dan pengorbanan seorang lelaki yang bergelar bapa.


Bagi aku sendiri terlalu banyak pengorbanan seorang bapa yang aku panggil ABAH untuk kami sekeluarga, terlalu banyak kisah-kisah yang meruntun hati jika dikenang kembali. Abah yang aku kenal tak pernah berkira dari segi tenaga, masa dan wang ringgit untuk memastikan keselesaan kami sekeluarga. Abah tak pernah mengeluh dan tak pernah mengungkit apa saja yang dilakukan. Abah melakukankan seikhlas hati dan aku tahu itu...walaupun abah adalah seseeorang yang sangat kurang bercakap. Di sini aku nak berkongsi satu cerita yang baru saja berlaku...cerita tentang keikhlasan hati seorang bapa iaitu abah aku sendiri. Korang baca dan hayati, tapi perlu diingatkan di sini mana-mana yang tak elok tu silalah dijadikan sempadan yer.. (jgn tiru macam aku uwaaa......  


al-kisah....
satu hari lepas balik kije, masuk dalam bilik tiba-tiba...macam tak percaya dgn apa yg aku lihat. Apakah ini bilik aku?? apa dah jadi?? siapakah?? nak tahu apa yang aku nampak..kalau korang tanak tahu pon aku bagitau jugak lah sebab aku kan baik wakaka...ok ok kenapa dgn bilik aku? bilik aku bersih kemas, tersusun rapi dan bersinar-sinar kenapa? sebab ada orang tolong kemaskan bilik aku (perkara yg sgt tidak boleh dibanggakan ok..)


aku memang budget bonda aku yg tersayang jelah kan...pegi dapur dgn muka tersipu-sipu malu aku memulakan perbualan..

aku : "mak kemas bilik org heh?
mak : "tak lah...abah yang kemas"
aku : "hahhh abah!???" (maluuuu...)
mak : "yerr......dah dua tiga kali dia masuk bilik tu tgk berserabut je dia kemas lah"
aku : "abah tak keje ke mak?" (masih tak percaya)
mak : "keje la..lepas dia mengemas tu terus dia pegi keje.."


aduhh....masa tu aku tak tahu nak ketawa ke nak nangis, malu la dgn abah aku, sempat dia mengemas bilik aku tu sebelum pergi kerja. bilik aku tu tak la bersepah mana pon kannn (ayat nak cover line..) cuma katil tak sempat nak string, sampah dlm tong sampah tu tak buang, pastu ada buku ngan majalah-majalah berterabur kat atas lantai, pastu atas meja solek tu berterabur dgn make-up, bedak, perfume, sikat, minyak cap kapak, minyak gamat, kat bwk meja tu pulak bersusun-susun kasut aku yang tak tersusun (haa..korang dpt bayangkan tak? ok tak payah bayangkan sgt buruk ok!) . Kalau aku mahu berjam nak mengemas, biasa tunggu weekend lah kan. Tapi sejak-sejak ada si kenit tu dari bukak mata sampai tutup mata aku dok mengadap dia je so mana ada masa kann... (alasannn.....)


kalau pasal mengemas memang aku respect kat Abah, kerja abah sangat la detail...dari katil sampai ke cermin abah kilatkan, segala benda tersusun kemas sampai make-up yang bersepah-sepah atas meja solek tu pon abah susun bagi cantik see...betul tak aku kata, abah tak pernah berkira, tak kira la keja tu susah ke, senang ke , berat ke ringan abah buat seikhlas hati dan abah tak pernah sebut pon apa yang dah buat. Aku adik beradik memang manja dgn abah sebab sikap abah yang suka melayan kitaorang..sampai sekarang pon aku adik beradik masih lagi makan bersuap dgn abah sebab abah rajin nak melayan kalau mak aku dia malas skit lar..haha..ampunkan sy bonda....bukan malas apa...mak malas nak melayan kerenah mengade-ngade kitaorg ni huhuu... ok lah apa-apa pon moral of the storinya di sini, korang jgn la ikut perangai tak senonoh aku ni yer...dan yg paling penting sayangi dan hargailah ibu dan ayah kita sebaik-baiknya.








"You Raise Me Up"

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up... To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger
Each restless heart beats so imperfectly
But when you come and I am filled with wonder
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.



Abah,
Terima kasih kerana...
tidak pernah gagal menyayangi kami
Abah,
Terima kasih kerana...
tidak pernah gagal mengasihani kami
Abah,
Terima kasih kerana...
tidak pernah gagal mengingatkan dan menasihati kami
Abah,
Terima kasih di atas segala kepayahan utk membesarkan kami
Abah,
Terima kasih kerana senantiasa mendoakan kami
 
Pengorbanan abah tak dapat kami gambarkan,
Terima kasih Abah..
p/s: malam ni nak pegi dating ngan abah tapi kena la bawak cik puan siti ..untuk pengetahuan cik puan siti tu adalah isteri abah aku (mak aku ler muehehe...)

suka?

6comments: