Tuesday, June 15, 2010

si PUTEH dah pandai nak mengorat, apakah??

Share
petang semalam semasa tengah melayan si kenit makan, aku terdengar macam suara kucing nak gaduh kat rumah jiran sebelah. memang tahu kat rumah jiran tu ada sekor kucing betina sedang tempoh nak mengawan so mesti ada dua tiga ekor kucing jantan kat situ yang mencuba nasib nak beradu tenaga untuk mengorat kucing betina tadi, aku buat tak reti jelah kan...takan aku nak tengok pulak kang tertengok aksi 18sx cane...oh! aku dah lebih 18 so buleh tengok hohoh..


yang membuatkan tak senang hati tu sebab salah satu suara kucing tu macam aku kenal, aku dok pasang telinga nak mengecamkan suara tu...macam suara..eh! tak kan pulak? ahh tak puas hati aku pegi gak kat rumah jiran nak skodeng suara siapakah itu. hahh TETEH??? iskk betul jangkaan aku tadi!


weii TETEH encem boy! apa kamu buat kat sini?? yang dok menyibok nak bertegang-tegang urat ngan kucing-kucing jantan tu pahal...? kamu bukannya mengawan ponnn...kamu kan dah sunat haihh!





aku terus dukung si TETEH sambil membebel-bebel, tak padan ngan sindrom down..lompat pon selalu tak lepas ada hati nak mengorat kucing orang hehh! iskkk..berat betul lah budak nih... ada potensi nak jadik cam abang dia si MERAH, tak larat nak dukung lama-lama


p/s: mata TETEH dah baik, selaput kat mata dia dah hilang

suka?

14comments: