Monday, July 12, 2010

Akhirnya Kami Dapat Bertentang Mata....

Share
Yes! akhirnya dapat bertentang mata dengan HERO, walaupon banyak halangan, walaupon banyak cabaran kali ni sudah membulatkan tekad dan menguatkan semangat meredah ranjau onak dan duri untuk bertemu kekasih hati ececehhh....budget citer hindustan lah huhuu~


ok kengkawan jangan salah paham dan tak payah nak gosip-gosip yer...dengan rela hatinya aku akan mendedahkan siapakah dia kekasih hati yang telah aku temui, okey sudah bersedia??? bersedia atau tidakkkk bolos saja dinding ituh!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

my true HERO


inilah dia my HERO, ops! bukan cek abang yg pakai topi tu...cek abg tu sudah berpunya yer. sila fokuskan mata anda pada kucing handsome berkaki dua itu, dan itulah HERO saya ngeh ngeh ngeh~

masa ni HERO baru dikeluarkan dari carrier, kesian HERO..dia kelihatan takut sebab ramai sangat orang berkerumun nak tengok dia

HERO tengah amik bau, biasalah datang tempat baru nak kena kenal-kenal dulu. agaknya HERO konpius sebab banyak sangat bau..sebab kat rumah papa meow ni mmg meriah dengan anak-anak bulus

sampai tebersin-bersin si HERO amik bau, 
hehe...kelakar tengok dia

jeng jeng jenggg....HERO telah tranform menjadik T-Rex (bak kata papa HERO) tengok HERO boleh berdiri dengan dua kaki, sian tgk dia kan

susahnya tengok HERO berjalan dengan dua kaki tu, mesti dia penat kan...menampung berat badan dengan hanya dua kaki

HERO melompat menuju ke bilik papa meow, dia nak bersembunyi daripada paparazi-paparazi yang tak paham-paham bahasa asik je nak amik gambar dia (saya adalah salah seorang paparazi tidak bertauliah itu huhuu..)

cakk! dan akhirnya mata kami bertentang weewiittttttttt...................




KISAH HERO
stori ni aku kopipes panjang-panjang dari belog papa HERO, untuk mengetahui lebih banyak kisah HERO dan melihat video-video HERO boleh tengok terus di belog beliau, tekan SINI


~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.

Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.

Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )

Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..


Moral of the story :

1 ) Aku bukanlah hero atau wira seperti yang diperkatakan. Aku pun manusia seperti korang gak. Bezanya Allah telah amanahkan aku untuk menjaga HERO.

2 ) Aku sendiri tak tahu siapa yang buat kerja keji ni. Budak tu ada bagi tahu bangsa apa tapi aku diam jer.

3 ) Aku pun tak tahu lelaki tu dari restoran mana apatah lagi kenal.

4 ) Aku hanya jalankan tanggungjawab aku. Bela HERO sampai ke akhir hayat aku atau dia.

5 ) Aku dapat anak sulung kembar seiras tak disangka2. Comel plak tu. Mungkin ini satu anugerah dariNya akibat menjaga HERO.

6 ) Aku dapat isteri yang aku idamkan.

7 ) Tiap kali aku ditimpa kesusahan, pasti ada yang datang menghulurkan bantuan.

8 ) Dulu aku tak pandai berbelog...Facebook pun takde lagi masa tu...kalau ada pun mungkin aku yang tak tahu...video HERO aku da upload kat youtube dah lama dah. Sebelum KAKIMOTONG ni wujud lagi. Tapi takde sape yang ambil tahu pun. Kerja sebagai kontraktor memang takde masa nak berbelog. Pada September 2009 barulah KAKIMOTONG ni wujud, itupun ntahapehapentah. Aku banyak belajar dari KAIZEN.

9 ) Video yang aku buat ( Namun Ku Punya Hati ) bukan untuk komersil. Ianya adalah lahir dari hati aku sendiri yang amat sayangkan HERO dan juga sebagai kenangan antara aku dan HERO.

Selepas ini, sesiapa yang nak menulis artikel tentang HERO, bolehlah direct copy cerita di atas dan jangan cerita lebih2. Cukuplah dengan gambar atau videonya sahaja.

So, anda semua dah tahu asal-usul HERO. Sebagai blogger yang matang, anda tafsirkan sendiri yer...


p/s: entri ni dibuat khas untuk HERO, lanjutan dari kisah lawatan ke rumah papa meow akan diupdate di lain entri, terima kasih! pesanan khidmat masyarakat dari

suka?

9comments: