Monday, July 19, 2010

Alim-Alim Kucing - Lakonan CITAM dan MOMEL

Share
Cuba korang tengok gambar ni, budak dua orang ni bukan ke tak boleh berjumpa? Dah berdamai ke dorang ni?? Oh itu tidak mungkin....itu adalah lakonan semata-mata, camtu la gayanya budak dua ekor ni kalau kat depan aku kemain lagi yer alim-alim kucing gitew cehh.....



amboiii......copan cantunnya masing-masing,
duduk telepot aje yer...

Momel : ishh bila mummy nak blah ni?? aku dah tak sabar nak terkam budak itam tuh!

Citam : jaga kau si kembang! kau ingat ekor kau kembang aku takot?!!
dorang ingat aku akan terpedaya dengan lakonan palsu dorang tu....huhh! jangan harap lar
bila tengok telinga memasing dah rendah ke bawah, alamat memang bercakaran la kejap lagik. so tanpa membuang masa aku hangkot budak Momel jauhkan dari Citam.

 muka tak puas hati


Tapi si Citam ni masih tak puas hati, dia follow je Momel, geram betul tengok dia. tak padan dengan betina, gengster sungguh! Sebagai mummy yang bertanggungjawab aku berjaya mengelakkan sebarang pergaduhan pada hari itu, hari tu jelah...sebab kebetulan aku ada kat situ kalau aku tak ada, tak dapek den nak menolong.... Satu jelah, kalau mak bagitahu budak dua ekor ni bergaduh, dua-dua kena pinyat tinge bio adil dan saksama hehh!


p/s: sungguh tak paham dgn perangai budak dua ekor nih, padahal sorang jantan sorang betina...sepatutnya tak gaduh. apalah silap aku kerana meng'kasi' mereka, sehingga mereka mengalami kekeliruan identiti haihh...

suka?

13comments: