Thursday, July 22, 2010

Bestnya tengok makcik ni tidur krohh krohh.....

Share
makcik mana? makcik guard kah??
oh! tidak....bukan makcik guard tetapi.......
makcik BULAT


|
|
|
|
|
|
|
|
V


lena tido mokcik...?


ini Bulat, Bulat adalah kucing pertama yang aku bela. Usia Bulat mengikut perkiraan aku dah hampir 9 tahun, kalau tak silap... sebab aku kira pakai kalkulator, kalau silap pon kalkulator tulah yang silap yerk...


Bulat ni dari kecik sampai ke tua sangat senang dijaga, tak banyak kerenah, dengar kata, pandai ambil hati, pembersih dan sangat-sangat bijak. Dah hampir 9 tahun aku hidup bersamanya, Bulat sangat faham aku dan aku pon faham dia. Korang faham tak?? Pada yang tidak pernah membela kucing dalam jangka masa yang lama mungkin tak akan faham tapi aku yakin kengkawan pencinta kucing aku sangat faham apa yang aku maksudkan di sini.


Memang kucing tu haiwan. Kucing aje kan...bukannya apa. TAPI aku tegaskan di sini, walaupon kucing ni tak mempunyai akal fikiran macam manusia tetapi mereka mempunyai perasaan sama seperti manusia. Mereka mampu menyayangi dan ingin disayangi.


Kadangkala perasaan manusia itu sendiri tidak setanding dengan perasaan kasih sayang yang dimiliki oleh makhluk comel ini. Tengok sajalah di dada-dada akhbar hari ini, hampir keseluruhannya berita tentang kekejaman manusia sesama manusia, terhadap darah daging sendiri, terhadap keluarga sendiri, malah terhadap ibu bapa sendiri. Kadang-kadang naik menyampah nak mengadap surat khabar, asik berita yang sama seolah diulang tayang. Bila tersebar berita macam tu patutnya dijadikan iktibar tapi semacam menjadi buah idea bila berita yang lebih kurang sama terpampang pada keesokan hari haihhh......



p/s: eh! aku nak cerita pasal apa ni sebenarnya...?? dah terkeluar tajuk daa....ter emo punya pasal! nasib korang lah yang dah terbaca muahahah (oh! kejamnya aku, manusia mmg kejam!)

suka?

13comments: