Wednesday, July 7, 2010

Di jalan itu ada PENUNGGU

Ini kesah masa balik kerja tadi, jalan keluar dari ofis tu turun bukit pastu selekoh pulak..biasanya memang tak payah tekan pedal minyak pon... dah jalan turun bukit kan so memang la laju. Bila tiba kat selekoh tu tetiba jek nampak seekor anjing handsome tengah berdiri tegak sambil mengoyang-goyangkan ekornya ocopot mak cow! tak cukup kaki aku nak tekan brek seb baik sempat mengelak hadoiiiyai kering darah aku! dah la ada kereta dari dari arah depan tuh, aku rasa kereta tu pon mesti cuak giter. mujur la aku handal mengendalikan kenderaan 4 roda tu bukan pacuan 4 roda yer...muahahaha....


sejak kawasan belukar kat belakang opis aku tu start dibangunkan, memang banyak anjing-anjing liar berkeliaran kat kawasan ni kesian tempat tinggal dorang dah diceroboh sebab tu la mereka ni berkeliaran. aku memang selalu nampak anjing tu lepak kat selekoh tu, kadang tu kalau lalu aku selalu panggil dan lambai-lambai tak sangka pulak anjing tu boleh bagi surprise camtu kat aku hehh


anjing tu memang handsome, badannya gagah perkasa dan walaupon anjing liar bulu dia sangat bersih kaler hitam berkilat. hitam itu kan menawan...dan memang sangat tertawan aku melihatnya tapi pak'kal jelah tak ada sebab munasabah untuk aku kidnap bawak balik. kalau aku ada kebun ke ada ladang ke boleh gak lah angkut sumbat masuk dlm kete di atas sebab yg sangat kukuh ituh tapi apa boleh buat....



p/s: kepada anda yang tercari-cari gambar anjing handsome tu, sy mintak maap tiada gambar yang disertakan bersama entri kali ini. dari celah mana pulak aku nak snap gmbr tu sambil drive kan..kang ada pulak yg menyondol dari belakang.


PERINGATAN - Jangan lupa baca doa naik kenderaan semasa anda memandu, menunggang, mengayuh, membonceng, menumpang atau menaiki kenderaan.


AMARAN - Jalan keluar dari ofis aku ni sangat merbahaya. AWAS di situ ada penunggu, Blackie si anjing handsome. Jadi berhati-hati jika anda melalui kawasan itu muahahaha....hahahah..muahahahah (ketawa jahat)

3 comments:

saya said...

kat area rumah saya orang tampal iklan sebab anjing dia hilang. jenis shih tzu tu. comelnyaa..siap nak bagi reward. kalos aya jumpa saya simpan dulu seminggu. hehhe..tapi sian kat tuan dia. nangis lorr hari2 ingat kat anjing dia....

Misz Pinkie Winkie said...

ala takutnya kalo macam tue.
memalam plak tue.
sib baek sempat mengelak.

nantie kalo jumpa blackie kim salam yerk.
hehehe

ItaJeff said...

hehehe...ingatkan penunggu gunung raya...