Saturday, July 3, 2010

Edisi Beronggeng Bersama Toy Story

malam semalam aku menonton Toy Story 3 kat pawagam, memang dah lama berhajat cuma tak berkesempatan aje. jadi macam biasa sebelum nak beronggeng tuh kena siapkan bebudak ni dulu. bagi makan, siapkan tempat tidur dorang, pasang ubat nyamuk, kiss gud nite kat dorang muah muahh then ca alip but cabuttttt.......



banyak watak-watak baru yang kiut miut diperkenalkan... memang sonok la tengok permainan dan anak-anak patung ni boleh bercakap cuma kalau  bear gendut yg selalu aku buat peluk malam-malam tu bercakap bukan sonok namanya yer....boleh sentap dibuatnya huhh!



Toy Story 3 ni masih berkisahkan permainan Andy yang sangat setia pada tuannya, cuma kali ni si Andy tu dah rumaje pastu nak masuk kolej dah pon...tak kan masih nak bermain ngan permainan permainan ni semua kan...tak macho lah. Jadinya mereka semua ni dilanda kegelisahan bimbang akan dibuang oleh Andy.
 


kekecohan banyak berlaku di Sunnyside, pusat penjagaan kanak-kanak. macam-macam yang terjadi...part ending sgt sedih oke..time dorang nak berpisah dgn Andy tu, nak menagis aku...dah nanges pon hahah gediks giler menangis, cerita kartun je pon kann tapi memang sedih lorr... Kalau nak tahu sila la tengok sendiri, tak kira lah dimana anda menontonnya samada di pawagan yg berdekatan atau didownload saja dari internet, bagi peminat Toy Story ini anda tidak akan rasa menyesal! Dijamin oleh peminat fanatik Toy Story  *wink


000000000000000i L0vE.............................Toy Setori



p/s: jumpa kawan bawak anak dia kat dlm panggung, boleh pulak dia tanya aku buat apa kat dalam tuh, eh nak tengok wayang ler....takan nak berkaratakoke puleks huhuu.... agaknya dia pelik tgk aku yg bukan dari kategori kanak-kanak ribena menonton citer katun kot, kwn aku tu tak pelik la kan sbb bwk anak dia tapi kang kalau aku bawak anak-anak bulus aku tu semua, ada mengiau satu panggung karang hohoh....

1 comment:

Qisha said...

cite katun pun nanges ek..tapi kita pun sama..cepat nanges gak..kalo tgok cite ni mesti nanges punya..hehe