Friday, July 9, 2010

Entry penuh perasaan

Share
~ Last night something wonderful happen to me ~


nak tahu apa yang terjadi?? ok lah sebab aku baik hati hari ni, dengan senang hati aku bagitahu walaupon korang tanak amik tahu muahahaha....



The Twilight Saga: Eclipse apa kena mengena??



yang sebenarnya aku nak kabo kat korang semua, bahawasanya aku telah menonton The Twilight Saga: Eclipse ni ngeh ngeh... best woo citer ni, memang puas hati lah, tak macam New Moon dulu tak best langsung boringgg... cerita kali ni penuh dengan aksi romantis, dan aksi yang mendebarkan. Yang pastinya aku semakin jatuh tangga dengan anak pakcik Cullen tuh, Edward Cullen a.k.a Robert Pattinson, renungannya mak aihh menusuk ke hati, jantung dan limpa. Tapi pakcik Cullen tu pon tak kurang hebatnya haihh... *melting


ok ok..cerita kali ni mengesahkan Victoria yang nak membalas dendam di atas kematian boipren dia yang si Edward bunuh dulu, so matlamat si Victoria ni dia nak bunuh pulak girlpren Edward, budak Bella yang kiut miut tuu. Plannya Victoria akan membentuk dan melatih sekumpulan new bron vampire untuk menghapuskan keturunan Cullen nih.  Alice yang mendapat bayangan tentang rancangan Victoria telah memberitahu seluruh keluarganya dan mereka berusaha untuk mematahkan rancangan Victoria tadi, yang tak puas hatinya apesal Victoria dah tukar orang lain! Victoria yang ni kureng sket lah *sigh


Victoria yang baru muka baik sgt ler..


Disebabkan bilangan new born vampire yg terbentuk tu ramai, mereka terpaksa meminta bantuan dari kumpulan serigala jadian yang selama ini menjadi musuh mereka, dipendekkan cerita Bella berjaya memujuk supaya boiprennya si Edward berkerjasama dengan budak yang selalu tak pakai baju erkk...si Jacob Black a.k.a Taylor Lautner yang tak berputus asa nak mengorat Bella nih. So Edward  Cullen vs. Black Taylor....of course la Edward yang menjadi pilihan Bella, padan muka serigala jadian tuh muahahaha..


Eh macam dah terbagi tahu je endingnya huhu...mintak mahap la yer...eksaited sgt menaip, laju jer.. Pape pon ada satu perkara yang Bella Swan lakukan aku teringin sangat nak buat, apa agaknya yer... Mendapat boipren vampire? oh tidak...menjadi rebutan serigala jadian? pon bukan...yang sebenarnya teringin sangat nak tumbuk muka budak lelaki macam si Bella buat kat Jakob tuh, sampai patah tangan si Bella tu tahu..yelahhh konon konon tumbuk muka serigala kann... hehh! Ok siapa nak volunteer aku bagi tiket Eclipse tu tapi tiket yang aku dah guna malam tadi lah huahuahua....



p/s: citer Vampire Diaries lakonan Paul Wesley kat tv8 tu pon best gak! apesal skrg ni aku suka benor tengok citer vampire?? owh sebab vampire nya handsome handsome belaka ahaks~

suka?

6comments: