Sunday, July 11, 2010

i DESPERATELY want this HOUSE!!

Aku selalu berangan nak ada rumah sendiri, tanak rumah besar-besar tapi sebuah rumah comel yang luas kawasan halamannya, terletak dalam kawasan desa atau di pinggir kota, dengan suasana yang indah permai yang hanya ada aku bersama anak-anak bulus dan beberapa ekor kuda, rusa dan beberapa ekor lagi haiwan yang berada dalam wishlist aku    Rumah aku tu nanti akan direka khas supaya ia mesra alam dan mesra haiwan ngeh ngeh... Kuat giler berangan aku ni kan tapi tak mustahil kan kann...


Seorang pencinta kucing dari Tokyo, Jepun telah pon merealisasikan impiannya dengan membina sebuah rumah idaman dan yang pasti menjadi rumah idaman untuk kucing-kucingnya peliharaannya juga. Semua sudut rumah dari laman utama sehingga ke dapur, dari atas siling turun ke dinding dan tandas juga direka khas untuk keselesaan kucing-kucing kesayangannya. 


Look at this house!
seronok sangat tengok kucing-kucing ni bermain gembira di favourite spot masing-masing

It’s totally a dream house for a cat-lover!
tengok la kucing-kucing ni bebas berlari dan bermain kesana-kemari wee~


Bagi orang Jepun, kucing adalah haiwan yang sangat istimewa kerana ada mitos turun-temurun yang mengatakan bahawa kucing adalah haiwan kesayangan dewa matahari. Mereka sangat mengagungkan kucing, kononnya orang Jepun tidak akan memperlakukan mayat kucing mereka dengan sembarangan. Sampai ke saat ini, tradisi ini masih tetap diteruskan oleh orang Jepun. Jika kucing peliharaan mereka mati, mereka akan menguburkan jenazah kucing  di pemakaman khusus haiwan seperti layaknya pemakaman manusia...wahh!! terlebey sudah!


p/s: eksaited giler aku tengok rumah tu, memang jeles tahap gaban lah dgn org jepun nih! kalau aku dapat sebijik rumah camni wooo....memang aku wat kenduri 3 hari 3 malam ajak korang semua tahu!

*tengah berangankan si BULAT, MERAH, CITAM, PUTEH, MOMEL, KAKAK BABY ngan BABY MUSHUK berlari-lari dalam rumah angan-angan aku wuhuuu~

9 comments:

e.t.t.y said...

dorang yg kafir ni pun tahu nk agung2kan ^haiwan kesayangan dewa matahari^.

kita orang islam ni tahu, kucing adalah haiwan kesayangan Nabi, tp orang masih buat buat bodoh dan tak faham statement tu.

betul tak?

m4rilyn said...

hang mmg giler

AROL DSHW said...

wow! bestlah!
arol pun nak juga rumah macam nie!
nanti kita bina sebelah-sebelah yeah!
boleh berjiran. hehe.
then, kalau ade yg sesuai,
boleh jodohkan kucing arol dgn kucing meowwmania.
hehe. :D

ItaJeff said...

i desperately want that house too...untuk keselesaan anak2 bulus....

De'din said...

wuhooo..
mesti hbat arkitek rumah ni..
lps ni boleh lah kucing ni men 'polis sentri'
tandas pown special ja..

Nur said...

alamak.. cantiknya.
insyaallah.. nanti dapat lah tuh rumah yang di idamkan

mauuuuu..

Chika said...

Waaaa... confirm Deejay takkan lari rumah lagi kalau rumah mami dia macam tu... huhuhuh

Misz Pinkie Winkie said...

ALA.
nak jugak ada umah macam tue
beshnyaa....
kemas ,bersih dan selesa..
eii..jeless arr

saya said...

wahh..nak jugak la.. tapi bahaya la kalo letak palang2 atas tu.. 1, coz nanti nezha panjat2 takot jatuh. 2, kot nanti dia pandai panjat tapi tak reti turun, sayaaaaa jugak nak kene panjat atas tu. hahahhaha... tapi best la kan kalo dapat buat rumah macam tu. aiii... saya mau kaya..mau buat rumah macam tu.