Sunday, July 4, 2010

Kucing BIONIC Pertama Di Dunia

Oscar, Kucing Bionic Pertama



Di London seekor kucing telah menerima dua kaki bionic dalam operasi pertama seumpamanya di dunia. Oscar kehilangan kedua kaki belakang dalam satu kemalangan apabila kakinya dilanggar traktor pada Oktober tahun lalu.


Lapan bulan kemudian kucing ini boleh berjalan dengan baik setelah diberi kaki palsu bionik yang berbentuk kecil dan unik. Kaki bionik seperti ini adalah merupakan percubaan pertama untuk kucing. Kaki bionik ditanam kekal pada kakinya dan kemudian diberikan zat yang memungkinkan tulang dan kulit tumbuh disekitarnya.




Dengan kos berjumlah lebih kurang 2,000 pounds untuk membuat kaki, itu belum lagi termasuk kos pembedahan, Oscar mencuba untuk berdiri buat kali pertamanya. Dan setelah sesi pemulihan untuk mengajar Oscar berjalan semula, dalam tempoh kurang dari empat bulan kucing yang berumur 2 setengah tahun kini sudah boleh berjalan dan berlari dengan sempurna.



percubaan pertama Oscar menggunakan kaki palsunya



source - BBC News

p/s: bila baca kisah ni teringat kat HERO, kucing malang yg menerima nasib sama cuma bezanya HERO dizalimi oleh manusia yg tidak berhati perut! Tidak senanglah hidup org yg menzalimi HERO dan mereka-mereka yg menzalimi haiwan, kerana sesungguhnya Allah itu maha ADIL kepada setiap hamba ciptaan-Nya

11 comments:

shameel Iskandar said...

inilah first time saya dengar ttg kaki palsu utk kucing.

p/s= kucing juga mahluk Allah dan sesiapa menzaliminya, maka tunggulah perhitungan di akhirat kelak( respons ttg hero)

AROL DSHW said...

wah! kucing bionik.
baguslah, kucing dapat meneruskan kehidupannya seperti kucing-kucing lain.

teringat kucing arol yg lumpuh sebelah tangan. dia kena gigit anjing sebab tak kuat lari. dan Allah lebih sayangkan dia. :'(

e.t.t.y said...

erm, macam sedih, macam gembira tengok kucing ni dapat kaki baru. bercampur baur.

Qisha said...

dunia semakin canggih dan gembira sebab kucen pun dapat tempiasnya:)

m4rilyn said...

u know what babe, this reminds me of my cat..uteh kot, belakang dia patah sbb kna langgar lari (yes aku telah sumpah ce***a kat yg melanggar) both kaki xberfungsi..lama dah terjadik. saya sempat mjaga uteh tp sbb kne sambung study i have to leave him kat kg..sob sob

this cat must very lucky tho.

syafawani said...

wahhh alhamdulillah kucing pon dapat teruskn kehidupan dia kan..canggih..:)

ItaJeff said...

dunia kini serba boleh & serba ada...syukur si comel ini sdh dpt kaki baru....

Linglung said...

besar jasa pencipta kaki palsu ni..
senyum saja gua tengok kucing tu

Misz Pinkie Winkie said...

alahai sedeynya.
teringat jugak kat hero,
moga mereka yang menzalami binatang ini takkan senang idop.

saya said...

wahh..bagus juga ada usaha nak memajukan industri perubatan haiwan nikan. kadang2 benda yangtak dijangka tu memang susah nak diduga. siannya kucing tu. eh..bab toy story saya pon dah pergi tengok la. siap nangis2 untuk ending dia. uwwaaa.. ciwek betol.

Kazen said...

meowwww meowwwww...xpggil kucing tp pggil.....:p