Tuesday, July 20, 2010

MARU, Kucing Popular Seantero Dunia

Share
Korang kenal Maru? bukan Mashimaro oke... Maru ni adalah seekor kucing yang dimiliki oleh seorang rakyat Jepun yang telah menjadi sensasi di YouTube disebabkan keobsesan si Maru ni dengan kotak. Maru bukan sahaja terkenal di Negara Jepun, malahan dia pernah keluar di rancangan Ellen DeGeneres Show dan pelbagai rancangan TV di US dan beberapa buah negara lain.




Mugumogu, pemilik Maru berkata dia membawa pulang Maru pada ketika usianya 4 bulan tetapi pada ketika itu berat badan Maru telah pon mencecah 2.4 kg. Cuba teka berat Maru sekarang?? Berat tak henggat la jawabnya muahahaha.... Maksud nama Maru itu sendiri adalah bulat dalam bahasa Jepun, dah memang sesuai sangat lah si Maru tu dengan nama dia kann


Keobsesan Maru terhadap kotak ni bermula sejak dia kecil lagi. Maru sangat suka bermain dengan kotak dan kadang kala tidur di dalamnya. Maru juga sangat gemar bermain dengan air, tiap kali Mugumogu membersihkan bilik air, Maru akan join sekali tolong menyibok kat situ.


Pada November 2007, Mugumogu telah membina sebuat blog khas untuk Maru berkongsi ceritanya dengan dunia. Dan pada bulan Julai 2008 adalah kali pertama video Maru diupload di YouTube dan sekelip mata Maru menjadi popular. Video Maru telah ditonton sebanyak 46 million kali oleh peminat-peminat kucing dan peminat Maru sendiri di seluruh dunia. Dan Maru juga ada sebuah buku yang diterbitkan khas untuknya dan boleh didapati di beberapa buah negara. Hebat betul si Maru ni kan, klik untuk ke Blog Maru




Cuba korang layan video Maru ni, best giler tengok aksi dia. Walaupon si Maru ni gemok tak henggat tapi dia sangat playful dan sangat-sangat obses dengan kotak, check it out!!



hahahah...klakar kan


p/s: kucin aku si MERAH pon demok jugak apa...cuma tak la sepopular Maru. sebab si MERAH ni kan low profile je bukan sebab dia tak glemer, giteww..... (ada unsur-unsur dengki khianat tak entri kali nih muahaha...)

suka?

19comments: