Wednesday, July 14, 2010

Nasib anak kucing comel, kalaulah......

Share
Pagi tadi sewaktu keluar sarapan bersama kawan-kawan ofis, ada seekor anak kucing merayau-rayau mencari makanan. Anak kucing itu masih kecil mungkin kecil sedikit dari baby MUSHUK. Mukanya bulat, comel sungguh walaupon comot. Aku bagi sedikit ayam, dia makan..aku bagi lagi, dia hidu-hidu kemudian terus berlalu pergi. Mungkin dari tadi dia mengutip makanan dan sudah terasa kenyang.


Aku perhatikan dia duduk menjilat muka kemudian bergolek-golek bermain seorang diri. Datang pula kucing yg lebih besar, tak mungkin ibunya kerana mereka hanya berpandangan kemudian anak kucing itu sambung bermain sendirian. Hiba melihat keadaannya, aku mencari-cari tak ada pula nampak kucing-kucing kecil yang mungkin adik beradiknya. Mungkin dia seorang saja yang terselamat, hidup membesar sebagai kucing terbiar banyak terdedah kepada bahaya, penyakit, kekurangan makanan, kemalangan dan sebagainya.









Wahai kucing comel, andai kamu dapat mendengar apa yang tersirat di hati kecil ini. Hati ini selalu menangis hiba apabila melihat haiwan terbiar terutamanya anak-anak kucing atau anjing yang masih kecil tetapi terpaksa menghadapi pelbagai risiko demi untuk meneruskan hidup. Ingin sekali membawa kamu pergi~


kalaulah.....
aku mampu menyelamatkan semua haiwan-haiwan terbiar ini,

kalaulah.....
aku mampu menyediakan satu tempat yg selesa utk kamu semua,

kalaulah.....
aku mampu melindungi kamu semua dari bahaya,

kalaulah.....
aku mampu membahagiakan kamu semua,

kalaulah.....
aku seorang diri sahaja mampu merubah semuanya tanpa perlu menyusahkan org lain,

kalaulah.....
aku mampu melakukan kesemuanya, kalaulah......... *sigh

suka?

16comments: