Saturday, July 17, 2010

Perkembangan dan Penguncupan, KAKAK BABY dan MERAH

KISAH 1 : PERKEMBANGAN KAKAK BABY

semalam lepas je beli wet food terus kasi kakak baby mamam, si baby mushuk pon sibok lar menyibok kan..itu sudah semestinya. mula-mula bagi wet food tu kat kakak baby, dia hidu-hidu pastu blah camtu jek...belom ada selera lagi la tuh kalau tidak licin, wet food tu memang favourite dia. mana boleh tak makan kang lagi lemah badan tuu, so kena la paksa...baringkan kakak baby kat atas riba pastu suapkan dia, boleh tahan la dia makan banyak jugak. pas makan tu dia minum air pastu terus keluar, i pon follow lah...suka sangat tengok dia menjilat-jilat bersihkan muka selepas makan tuh, sebab kucing kalau sakit dia tak moh menjilat so bila kucing sakit kemudia dia dah mula menjilat-jilat tuu tandanya dia semakin pulih... alhamdulillah sukeeeeeeeee.......


Grooming Session - KAKAK BABY
pirst, bersihkan mulut dulu

second, muka

third, ekor dan tetttt.....

fourth, bersihkan bahagian bawah badan...peha dan pewot

ok benti kejap, penat...

then, kasi touch-up kat muka tu lebih-lebih sket

ok selesai! dah boleh tido purrrr.........



KISAH 2 : PENGUNCUPAN SI MERAH

si yaya ni pulak, sebelah pipi dia yang bengkak tu dah pon kuncup. bengkak tu dah cukup masak dan telah pecah untuk mengeluarkan nanah yang telah siap dimasak tadi hahahah..... ok tak kelakar tapi sangat geli yerk   So langkah seterusnya adalah untuk mencuci bekas luka tu supaya tidak melarat dijangkiti kuman, aku bersihkan lukanya dengan kapas dan air suam, lap-lap kat sekeliling luka tu sambil picit-picit kasik nanah tu keluar habis, si yaya diam aje oke..sangat-sangat gud boy dia. lepas cuci luka tu spray skin heal then lap-lap sket pastu letak minyak gamat pulak. aku buat camtu sebab dari pengalaman kalau aku terus letak minyak gamat kat bekas luka si yaya nih karang luka kat luar je yang kering kat dalamnya tidak so fungsi skin heal tu untuk keringkan luka dan cepat merapatkan kesan luka tu dan aku letak minyak gamat sebab yaya kompem akan jilat bekas luka tu so bio dia jilat minyak gamat tu tak per...


Grooming Session - MERAH

yaya jilat tangan dan tangan tu akan dilapkan kat pipi dia, 
bijak kucing ni kan...

sampai terpejam-pejam mata...tengah fokus la tuh

sila perhatikan pewot budak gendang gendut nih, 
dah sampai mencicah ke lantai yer..

sikit lagi...

ok dah handsome 


p/s: haiiii lah budak gendang gendut 7 ekor, lepas ni apa lagi lah yer haihh.........

5 comments:

m4rilyn said...

mama dia dah mandi ke belum?

AROL DSHW said...

kucing meowwmania 7 ekor erk?
yeah, arol menang! arol ade 11 ekor.
hehe. :D

Chika said...

Kisah 1: Comel btol Kakak Baby ni. Teknik mandi yang sangat baik serta menunjukkan ciri2 feminin. Nampak pun dah sihat siit.

Kisah 2:Yaya ni hensem macam arwah Koce. kesian dia. Nasib baik nanah dah kuar. Berdenyut tak ingat la tu...

:)

meowwmania said...

m4rilyn,
uishh musti la daahhh... ;D

arol dshw,
11 ekor ker?? wahh byknyeee

chika,
kisah 1: mmg comel tp panjang je bdannya kan, br 2 hari demam dah susut

kisah 2: klau dh syg tu xkira buruk ke ttp kate comel, ttp kata hensem kann.. Masa bengkak tgh angkut nanah yg sakit tuh, skrg ni dah x sakit kot :)

Cik Siti said...

seronok tgk kucing sakit sembuh semula..dh ada selera makan..lega hati kan...:)