Friday, July 23, 2010

TAZKIRAH : Paku yang lekat di hati

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”


Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?



Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

source - iLuvislam

6 comments:

m4rilyn said...

sungguh menusuk kalbu.

bg saya kalo kita minta maaf sebab nak minta maaf je..sakit hati. kita minta maaf biarla dari hati yang ikhlas dan berusaha tidah menyakiti hati orang tersebut lagi.

dalam pada itu kita berusaha utk tidak menyakiti hati orang lain terutama sekali orang yang rapat dengan kita. teman sahabat kawan keluarga

saya said...

minta maaf.. hehehe..tgk keadaan la.. kadagkalo sakit ati sangat mmg takde la nk minta2 maaf ni. kim salam kat makcik bulat.

Chika said...

Memang tersentuh juga dengan cerita ni. Satu nasihat yang berguna untuk diri sendiri. Thanks meowwmania.

Akan ku cuba tidak menggunakan paku untuk menebuk dinding. stapler mungkin? :)

Chika said...

Huhuhu gurau je. Tapi memang betul kata2 si ibu. kadang2 kita ingat dengan minta maaf, dapat selesai. bekas luka sentiasa terpahat dihati. tapi lebih baik dr buat sombong, mcm tak pernah salah.

meowwmania said...

m4rilyn,
setuju ngan miss marilyn ;)

awak,
makcik Bulat kate kem salam je?? len kali kem la RC kew...

chika,
amboii advance gitu gune stapler yer..

UniMeOw said...

very10x nice n3~