Wednesday, July 7, 2010

Terselamat walaupon paku tertanam di kepala

Share
 Amazing Grace!


 Kucing yang berasal dari Sioux City ini merupakan kucing yang paling bertuah kerana walaupun sebatang paku tertusuk di kepalanya dan menembusi tengkorak sehingga ke otak belakang, dia masih boleh berjalan dan kelihatan sihat seperti biasa! langsung tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ada benda tajam yang tertanam di otaknya. Namum paku tersebut berjaya dikeluarkan oleh doktor pakar bedah haiwan.


“Saya belum pernah menemui kejadian seperti ini.  Kucing tersebut masih hidup adalah peristiwa yang luar biasa mengagumkan” kata Cindy Rarrat dari Pusat Penjagaan Haiwan. Kucing bertuah itu  kemudian diberi gelaran Si Ajaib Grace. Cindy juga mengatakan pihak berkuasa setempat akan mencari pemilik kucing ini, untuk mendapatkan penjelasan dan meminta supaya bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.


Berikut adalah hasil foto x-ray yang menggambarkan dengan jelas bagaimana paku tersebut memaku tulang tengkorak untuk kemudian tembus ke dalam otak belakang.




source - splash news


p/s: agaknya apa yang sebenarnya berlaku pada Si Ajaib Grace ni ekk..?? adakah dia mangsa kekejaman manusia ataupon ianya hanya satu kemalangan? macam-macam kat pale otak aku ni pikir...tak dapat nak dibayangkan keadaan kucing malang ni sewaktu paku tu menembusi kepala dia. Tapi dengan kehendak dan kuasa-Nya, kucing ni terselamat alhamdulillah syukur kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang~

suka?

10comments: