Sunday, July 18, 2010

Tolong Jangan Cari Pasal Dengan Kucing-Kucing Terbiar Sebelum Mereka Bertukar Menjadi KESATRIA BAJA HITAM

Share
Korang risau tak dengan keselamatan kucing-kucing peliharaan korang? Mesti risau kan..lagi-lagi macam aku ni yang jenis bela kucing outdoor dan tidak dikurung. Manusia-manusia kejam yang tidak berperikemanusiaan ni ada di mana-mana, kucing bertuan pon dorang blasah apa lagi kucing-kucing terbiar.


Contoh yang terjadi baru-baru ni dengan Pak Tam kucing milik Papa Hero, kemungkinan besar Pak Tam ditendang yang menyebabkan kecederaan serius dan perlu dibedah. Aku selalu mengikuti perkembangan Pak Tam melalui blog Papa Hero dan alhamdulillah nampaknya pak tam beransur sembuh. Aku juga pernah mengalami pengalaman yang sama, pada mulanya aku sangkakan Citam kemalangan tetapi timbul kemusykilan melihatkan keadaan badan Citam yang langsung tiada kesan luka atau lelasan yang disebabkan dilanggar kenderaan. Tulang pinggul Citam jatuh hingga menyebabkan kedua kaki belakangnya bersilang apabila dia cuba berjalan. Citam mengiau perlahan seolah-olah ingin mengadu padaku, memang menyedihkan melihat keadaan Citam pada ketika itu... Apabila aku membawa Citam berjumpa vet, aku dimaklumkan Citam mungkin dipukul oleh benda tumpul, ramalan ku benar belaka. Manusia kejam! demmit!!


Tadi tengah dok google google baju untuk kucing tetiba keluar pulak gambar nih. Walawehh....cool giler! memang mantop kalau dapat pakaikan kucing-kucing aku baju camni, tengok dorang berani tak carik pasal ngan kucing aku???

|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



amacam? 
ada berani??


Koleksi baju besi ini diciptakan oleh seniman Kanada Jeff de Boer yang terdiri dari baju besi untuk gladiator, kesatria abad pertengahan dan juga Samurai. Penciptaan baju besi ini memerlukan sehingga 50-100 jam untuk disiapkan. Diperbuat dari perak, besi dan kayu, karya-karya ini berharga $500-2,000.


p/s: seb bek mahal tak mampu aku, kalau jual longgok memang aku borong kasik pakai kat kucing, terutamannya kucing terbiar yang tak bertuan, siapa berani carik pasal memang kena nak kena SULA muahahaha.....

suka?

7comments: