Monday, August 2, 2010

Al-kisahnya..................

Al-kisahnya, sehari sebelum aku bertolak ke Pulau Sibu si Baby Mushuk demam. Mak yang perasan, kata mak "hari ni baby tak gigit pon kaki mak sampai mak siap masak" hehe...selalu kalau digigit maka membebellah mak tu tapi bila Baby Mushuk tak gigit dicari pula. Bimbang sesuatu yang tak kena mak menyuruh aku melihat si Baby Mushuk yang dari tadi cuma tidur tak bangun-bangun. Bila aku sentuh kepalanya memang sahlah dia demam, padahal semalam molek je kiteorang beriadah bersama-sama... agaknya penat sangat sebab lasak betul tengok Baby Mushuk bermain.


Aku terus ke belakang rumah mencari kelapa muda untuk diambil airnya. Aku lebih suka memberi kucing-kucing aku minum air kelapa muda apabila pertama kali mengesan mereka sakit atau demam sebabnya air kelapa sangat bagus bertindak sebagai pencuci dan penyejuk badan terutama jika demam atau dalam kes-kes keracunan. Selama dalam tempoh aku menjaga kucing, alhamdulillah kucing-kucing aku semuanya serasi jika diberi minum air kelapa muda untuk menyembuhkan sakit dan demam ringan. Dan kalau sakitnya berlanjutan tentu aku akan membawa mereka berjumpa vet untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.


Petang tu jugak aku terus memberi Baby Mushuk minum air kelapa muda, memang terasa bahang badannya ketika itu. Selesai memberinya minum aku mengelap badan baby dengan kain yang aku basahkan dan terus Baby Mushuk terlena mungkin selesa diperlakukan bergitu. Sedih gak bila melihat wajahnya yang sayu tu sebab selalunya dialah yang paling aktif tak reti duduk diam bila dah sakit ni rasa macam sunyi je rumah.


Pada belah malam aku bawak Baby Mushuk tidur bersama sebab kebiasaannya dia akan tidur bersama Kakak Baby takut menjangkit pula demamnya. Tengah-tengah malam terasa hidung ni digeget-geget bila bukak mata rupanya si Baby Mushuk dah bulat bersinar matanya, mula nampak segar dan nak bermain-main, bila aku pegang kepalanya aku tersenyum gembira. Alhamdulillah suhu badannya dah kembali normal. Akibat terlebih tidur pada siang tadi Baby Mushuk asik lah nak bermain malam-malam buta tu, digigit-gigit hidung, beralih ke telinga lepas tu kaki dan jari tangan adoiyaii...mata aku ni terasa kelat nak bukak teramat la mengantuk tapi terpaksa jugalah mengagahkan diri melayan si budak mushuk masham ni mengenangkan esok aku akan bertolak ke Pulau Sibu. Entah pukul berapa aku terlelap semula aku pon tak ingat, seingat aku sebaik saja Baby Mushuk tidur tergolek di hujung kaki aku pon tergolek sama.


Gambar kat bawah ni aku ambil sejurus sebelum berangkat ke Pulau Sibu, Baby Mushuk seakan tidur-tidur ayam melihat aku ke hulu ke hilir bersiap. Si kakaknya jangan cakaplah tidur mati sampai dihenyak henyak oleh adiknya pon lena je dia tidur. Lega sangat hati bila Baby Mushuk dah sihat, kalau tak mesti tak senang hati aku nak tinggalkan budak bushuk tuh.


mummy pergi yer sayang
baby jangan nakal-nakal tau, dengar cakap mak yer


p/s: kemana saja aku pergi atau segembira mana keadaan aku ketika itu pasti tak dapat nak melupakan budak-budak jebon kat rumah tu, tiap detik tiap ketika pasti akan terkenangkan mereka hatta meninggalkan mereka untuk pergi kerja hari-hari. Something that i can never live without is u My Jebonss *sigh...

15 comments:

shafiq said...

comel nye kucing. huhu. ;)


My latest entry : Siapa Tak Faham Lagi Dengan Filem Inception ?

m4rilyn said...

cepat toi baby membesar..ai follow dia ms dia baru2 d adopt.

Chika said...

Alololo... comel nye jebons tido. Nasib baik baby musyuk cepat baik. penat kene buli ngan Momel kot.. tak sangka air kelapa elok untuk kucing jugak. ingatkan utk haiwan je... thanks MW... I learn sumthing new today.... :)

Cayang jebon-jebon semua...

sweetsal said...

kesian ye tgk kucing demam..nasib baik la tuan punya tahu nk berubat kucing2..eeee geram comel2 belaka..

cikgadis konfiuss said...

serius
org baca entri ni dgn perasaan jeles

rindu peluk kucing
rindu cium kucing
rindu tidur ngan kucing

;(

meowwmania said...

shafiq,
yer..kucing sumenya comel2 belaka ;)

m4rilyn,
kann...pejam celik dah beso budak bushuk tuh, dlu first jupe cinonet jek. thanks miss marilyn coz pollow baby mushuk ;)

chika,
mak yg bgtau, kcg2 ai lak alhamdulillah mmg sesuai sgt klau diberi air kelapa tu..ti leh miss chika cuba try test ekk ;)

sweetsal,
geram heh?? hehe...xde bela kucin kew

cikgadis konfiuss,
jeles tak..jeles tak?? muahahah :D

ettymelladikboy said...

a'ah. mmg mujarab air kelapa muda tu. hari tu masa adik sakit, ramai suruh cari. tp susah lah nk cari. area rumah ni semua dah takde pkok kelapa.

ni pun dorang kena cirit birit lepas tukar makanan. ingatkan nanti nk cari air kelapa muda jugak. skrg bagi minum air gamat je.

baby musyuk, muka dia unik lah.

meowwmania said...

ettymelladikboy,
mmg mujarab, kucin2 kite sumenya mmg serasi ;)

unik kew? tgk muka cam budak terjal ajew huhuu

Misz Pinkie Winkie said...

meowmania
memang kita risau sangat bila anak bulus demam kan.
si dody tadie sbelum kijer..tengok mata dia cam sakit..tapie bila nak bagie makan besor plak mata dia.
membohong jerk kijernya.

hope anak-anak bulus sihat-sihat sahaja.
amin

saya said...

owh..lenkali kalo nak demam bagi minum air kelapa ye? nanti la saya, tapi nak ke nezha tu minum air kelapa? soya bean nak le dia.apa ponharap semua sihat2 je la.. baby musyuk... hug & kisses!

meowwmania said...

misz pinkie,
hahahahah...dody tipu mummy dier yer

saya,
nezha mnm air soya bean yer? kelas nezha!

mmg klau dah sakit tu jgn harap la dia nak minum, paksa lor...tembak la dlm mulut apa lg nak soh cpt baik kan ;)

nordiana othman said...

klw kucing cirit birit boleh ke bg minum air kelapa muda..ank kucing saya kne cirit birit...cian dye.

meowwmania said...

nordiana othman,

boleh bagi air kelapa muda, kalau serasi terus elok kalau masih tak sembuh elok bawak ke vet yer..

liyana hussin said...

kucing saya baru balik vet masuk air dan inject ubat tadi. tapi still taknak makan dan muntah bila saya cuba bagi makan. kenapa ye ? boleh ke saya bagi air kelapa muda ni ?

meowwmania said...

liyana hussin,
maaf sy baru sempat tgk blog, harap kcg awak tak pape..

biasanya kalau kucing kena bius mmg ambil masa utk dia pulih, biarkan dia betul2 sedar baru bagi makan atau minum