Monday, August 9, 2010

Kepada SESIAPA yang BERKENAAN.....

Share
Assalammualaikum w.b.t

Salam 1Malaysia!

Kepada SESIAPA yang BERKENAAN,

Di sini, saya ingin membuat satu pengumuman. Sila berikan seluruh perhatian anda kepada apa yang bakal saya perkatakan di sini. Di hari hari ISNIN yang sungguh tak ada mood nak buat kerja tetapi banyak pulak kerja yang perlu dibuat bertambah dengan misteri kehilangan PEN SEDAP saya, bertambah-tambah la mood Monday Blues saya pada hari ini.


Saya amatlah berasa pelik, takjub dan berasa sungguh misteri tentang kehilangan PEN SEDAP saya itu, pen tu bukanlah mahal sangat, pen tu pon tak lah secantek mana tetapi masuk ni je dah DUA kali PEN SEDAP saya hilang. Kalau pen yang tak sedap tu jangan citer lah dah banyak kali hilang, tapi saya tak heran sangat sebab pen tu tak sedap dan boleh menyebabkan jari saya melecet bila menulis jadi lantaklah siapa yang merembatnya. Yang saya tak puas hati sekarang PEN SEDAP saya hilang!! Siapa yang suka sangat nak menyakat mood Monday Blues saya pada hari Isnin Isnin Blues ini grrr..........


Teringat kata-kata seorang pegawai saya:
"aku kalau letak duit spoloh hengget seminggu kat atas meja ni tak hilang, tapi kalau letak pen sekelip mata je lesap!"

memang benar seperti apa yang dikata, sampai sekarang saya ingat kata-kata hikmah beliau tersebut dan dalam diam saya mengakuinya. weiii....siapa rembat PEN SEDAP aku?? pulang la balik weiiii........... memang tak boleh nak kerja, tak tenang hati aku ni...tengok jam dah pukul 12.30 tgh hari. Terus aku hangkut handbag bagitau Cik Ili kat bilik sebelah, aku nak beli PEN!!!



haa....lima batang sekali beli, DAN DAN.....yang paling penting sekali aku dah lekatkan nama yer.... pasni siapa rembat pen aku pastu kantoi memang aku titik jari dia huhh!!



dalam bulatan tu duit fotostat aku simpan dalam bekas disket pastu letak je kat atas meja, bertahun-tahun kat dalam tu tak dek pon hilang! kalau pen laju je lesap eeeee..........


p/s: korang ada ke PEN SEDAP??

suka?

10comments: