Thursday, August 19, 2010

OREN, Kucing Yang Memerlukan Bantuan Dan Persamaannya Dengan MOMEL

Assalammualaikum w.b.t


Apa khabar kawan-kawan hari ni? dah sarapan?? harapnya takle yer ngeee... Semoga kita semua tabah menjalani ibadah puasa disamping keluarga, rakan dan anak-anak bulus terchinta.


Saya terpanggil untuk menulis entri ini selepas membaca blog Papa Hero mengenai Oren, seekor kucing malang yang dilanggar oleh kereta dan kemudian ditinggalkan begitu sahaja...kejam sungguh manusia! Mujurlah masih ada lagi manusia yang berhati mulia, prihatin datang membantu kucing malang tersebut. Kisahnya boleh anda baca di SINI


Bila membaca kisah Oren, terus saya teringat pada pertama kali saya berjumpa dengan Momel. Kisah Momel juga lebih kurang sama dengan kisah Oren membuatkan saya berasa sangat sangat sedih kerana berkongsi pengalaman yang sama. Saya dapat meletakkan diri saya pada Cik Asmah (tuan Oren skrg) saya dapat rasa apa yang beliau rasa...dalam keadaan terdesak dan kurang berkemampuan seboleh-bolehnya cuba untuk menyelamatkan nyawa makhluk comel yang tidak berdosa ini.


"Masih segar dalam ingatan, pagi tu aku sedang bersiap-siap untuk ke pejabat, tiba-tiba mak panggil... katanya dia melihat seorang yang menaiki motor membuang sesuatu di dalam plastik di seberang jalan rumah. Aku pon terus pergi untuk melihat dengan lebih dekat...terkejutnya aku apabila melihat ada seekor kucing putih comot dengan kaki berdarah sedang terkial-kial cuba untuk keluar. Sampai hati orang tu buang kucing yang cedera camtu, tak berhati perut langsung! Tak buang masa aku terus dukung si Momel bawak balik pastu terus bagi dia makan, gelojoh betul tengok Momel makan...lapar sangat agaknya.

Tengok jam dah hampir pukul 8, aku terus call ofis untuk maklumkan kelewatan dan sebab musababnya. Mujurlah bos dan kawan-kawan ofis faham dengan keobsesasan aku terhadap makhluk comel nih. Tanpa membuang masa aku terus membawa Momel ke Pejabat Haiwan, cuma Pejabat Haiwan yang buka pagi-pagi macam ni. Di sana luka Momel dicuci dan kemudian diberi suntikan untuk mengurangkan bengkak di kakinya, menurut kata pegawai di sana kaki Momel tidak patah cuma bahagian luarnya yang luka teruk, kulit dan dagingnya tersiat sehingga menampakkan tulang berkemungkinan cuma dilanggar motor sahaja. Namum aku tetap bersyukur kerana Momel tidak memerlukan sebarang pembedahan.

Hari-hari aku cuci luka Momel dan beri Momel makan ubat supaya dia cepat sembuh namun lukanya tak kering-kering bimbang melarat lebih teruk, sekali lagi aku membawa Momel ke klinik haiwan kali ni aku pergi ke klinik swasta, alhamdulillah nampak beza sangat perubahannya, yelahkan... klinik swasta rawatan dan ubatnya pasti lebih elok jika nak dibandingkan dgn Pejabat Haiwan dan yang pasti bayarannya pon lebih la jugak...terkial-kial jugak lah nak nak membayarnya tapi alhamdulillah ada saja rezeki lain yg telah ditentukan Allah untuk saya. Dan seteleh lebih kurang 2 bulan barulah luka pada kaki Momel sembuh sepenuhnya dan mula ditumbuhi bulu cuma jalannya saja yang masih terdengkot-dengkot sehinggalah sekarang."


video

video ni diambil semasa menunggu pejabat haiwan dibuka, 
cuba perhatikan mata Momel merah seakan dia menangis 
sedih sgt...

Momel comot sangat masa ni...

Momel membersihkan lukanya...

balik dari Pejabat Haiwan, 
Momel masuk dalam rumah terus baring atas bantal hehe...comel dia kan?

masa ni lukanya dah kering dan hampir sembuh 
cuma belum tumbuh bulu lagi...
Momel suka sangat tidur dalam kotak!

alhamdulillah sekarang Momel dah sihat dan dah disunat...

hai semua! 
saya lah MOMEL yang shomel...


p/s: kepada semua rakan-rakan yang budiman marilah kita sama-sama memberi sedikit bantuan kepada OREN, sumbangan boleh di bank-in terus ke akaun  
Cik Nor Asmah binti Ahmad, 
RHB: 1141 0100 2030 96 
Diingatkan bantuan bukanlah sekadar wang ringgit, doa yang ikhlas dari hati juga adalah merupakan satu bentuk bantuan. Semoga segala doa dan sumbangan ikhlas yang diberi mendapat keberkatan dari-Nya, amin...

PERHATIAN : Seorang rakan blog Kak Umie telah bermurah hati menjual aksesori-aksesori kucing dengan harga yg sangat berpatutan untuk mengumpul sumbangan kepada OREN, maklumat lanjut boleh diketahui di blog misz pinkie winkie yang turut sama membantu dari segi penjualan. Jom kita sama-sama menyokong usaha murni dioarang.

13 comments:

Cik Siti said...

jom kita ramai2 membantu oren...semoga dia segera menjalani pembedahan.

sedihnya baca kisah momel..seronok tgk dia skg dh comel dan sihat... :)

thanks to mummy momel..:)

Nour Eyza said...

gebunya Oren..
gagagaga..
geramm..heeeee

meowwmania said...

Cik Siti,
jom!

kan..sonok tgk dia membesar sihat kat depan mata :)

Nour Eyza,
tu bukan Oren, tu Momel,
nak tgk Oren boleh pegi ke blog kakimotong ;)

marina anakcikbob said...

siannye momel...
seb bek da selamat...

m4rilyn said...

momel sangat menghargai pengorbanan mummy meowmania. insyallah dia setia menemani

daisy said...

aawww..
manjanya dia

sweetsal said...

kesian nya oren..sampai hati manusia buat dia macam tu..takde hati perut betui dorang ni..

btw: momel pun dh sihat makin comel dia kann...

Chika said...

mcm tu kisah si momel rupanya...

syukurla ada mummy meow dia jadi penyelamat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 MM menjaga dn membesarkan momel sampai sihat begini. momel, tolong jangan nakal tau...

Pasal oren tu, mami saya ada menghubungi cik Asmah untuk mengikuti perkembangan budak yang cedera itu. Esok mungkin dia akan dimasukkan ke vet. Harap2 segala usaha kite dapat membantu si oren itu. Amin...

meowwmania said...

marina anakcikbob,
alhamdulillah :)

m4rilyn,
insya'Allah kami nak bersama selamanya~

daisy,
momel yg manja dan mentel huhuu

sweetsal,
harap Momel sentiasa sihat ;)

chika,
yer camtulah citernya, lbh krg mcm kesah Oren kan...tu yg terpanggil nak share kisah ni

insya'Allah sama-sama lah kita doakan semuanya berjalan lancar utk si Oren, amin...

Ckin Kembaq said...

menginsafi kedhaifan diri...

Latest entry : Hina Islam?

WaWa said...

Comelnye!!!! Suke sangat gambar kepala terbalik! :D

e.t.t.y said...

wey!!!!!!!!!!!!!!! sedih.....

m.q said...

update yer pasal oren