Thursday, August 5, 2010

Pada Ketika Ini Aku Sangat Merindui Kamu

Share
Rindu sangat sangat!! Tak terbendung rasanya rindu di hati nak menatap wajah putih bersih si dia, sudah beberapa hari aku tak dapat menatap wajahnya.....












TETEH di mana kamu sayanggg? 
mummy rindu sangat sangat.....



dulu aku tak pernah risau dengan budak ni, budak yang tak pernah menimbulkan masalah pada aku dengan kelakuan baik dan manjanya. gelaran 'budak sindrom down' selalu dilemparkan padanya kerana sifatnya yang agak 'slow' atau lambat pandai dan lambat faham untuk melakukan segala-galanya.


Puteh tak pandai keluar dari kawasan rumah, Puteh tak pandai marah dengan kucing-kucing luar, Puteh tak pandai mengesan bahaya jika ada kucing jantan lain sudah pun mengiau keras dan terpacak bulu padanya, Puteh tak ada perasaan nak mengejar cicak atau lipas, melompat longkang saja selalu tak lepas.


Tapi sekarang, setelah berusia 4 tahun Puteh dah pandai dan dah faham segala-galanya. Puteh dah pandai bergaduh, Puteh dah terer melompat, Puteh dah pandai hissing marah-marah, Puteh dah pandai mengejar burung, Puteh dah pandai merayap jauh-jauh. Puteh jarang duduk di rumah, dia tengah kemaruk bertawap menanda kawasan territory nya. Puteh balik makan kemudian keluar semula.


Aku betul-betul rindu dengan Puteh yang dulu, Puteh dengan wajah innocent dan manja yang selalu aku peluk, yang selalu aku cium. Sekarang Puteh dah tak mahu diperlakukan begitu. Pernah sekali bila dia balik makan aku terus menutup pintu supaya dia tak keluar, sekali dia mengiau-ngiau macam nak pecah gegendang tinge aku mah aihh... marah bebenor dia. Tak mahu diam langsung selagi pintu tak dibuka, akhirnya aku mengalah pintu dibuka setelah aku puas pelok cium dia geramm!


p/s: lamanya nak tunggu si Teteh ni jemu dengan rutin harian dia, tak hilang rindu tengok wajahnya sekejap sekejap. hari ahad time mandi pandai pulak si Teteh balik, sedo diri pulak diri tu dah busuk masam yer...

suka?

8comments: