Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53

Share



Malaysia menyambut Kemerdekaan yang ke-53 pada hari ini, 31 Ogos 2010. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Camtu ke menyambut merdeka? masa kocik kocik dolu memang camtu la aku sambut merdeka, orang lain menjerit merdeka aku pon menjerit sama, orang dok usung beskal sambil bawak bendera aku pon ikut sama tapi aku ada untung skit sebab balik tu kena perambat ngan abah pulak muahahah...padan muka aku! biasa lah budak-budak, pendek akal tak kenal bahaya main redah je tak ingat mak bagai nak histeria kat rumah tunggu aku tak balik balik, sudahnya merasa la merdeka ngan rotan huhu.. Tapi tu dulu lar...sekarang tidak lagi, hilang akal aku nak merempit reramai nek beskal macam dulu dah tua-tua bangka camni ngeee....


Menjelang hari kemerdekaan ni mesti ada filem patriotik yang akan ditayangkan, tahun ni filem apa ekk? Antara filem-filem patriotik yang aku suka adalah Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Paloh, Embun dan yang terbaru Hati Malaya 1957 kesemuanya memaparkan semangat perjuangan kemerdekaan. Menonton filem-filem tersebut tentunya mampu membakar semangat kita sebagai rakyat Malaysia, betapa beruntungnya kita yang hidup sekarang tanpa perlu bersusah payah menggadai nyawa mempertahankan tanah air tercinta. Namum sedihnya setelah dapat hidup aman,bebas dan merdeka, ada pula di antara rakyat Malaysia sendiri yang sengaja menimbulkan kekecohan dan mencetuskan konflik antara kaum dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keamanan yang sedia ada.


Sempena Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-53,
marilah kita sama-sama...

Merdeka kan diri dari perasaan iri hati,
Merdeka kan diri dari hasad dengki,
Merdeka kan diri dari nafsu amarah,
Merdeka kan diri dari dendam kesumat,
Merdeka kan diri dari sikap tamak

Pupukkan lah kasih sayang sesama mahkluk tuhan samada manusia mahupun haiwan,
Tambahkan kecintaan terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya,
Supaya kita sama-sama menjadi seorang manusia HEBAT yang mampu berbakti kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA!

MERDEKA!!





"Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke... orang biru ke kita kan orang Malaysia?" - petikan filem Mekanik 1983

suka?

3comments: