Tuesday, August 10, 2010

Welcome back, PUTEH!

Share
Semalam petang balik kerja, bukak je pintu rumah tetiba si PUTEH melompat keluar, hurmm....mesti mak kurung dia masa dia balik makan tadi. Agaknya dari tadi dia dok tercongok kat depan pintu tu tunggu orang bukakan. Teringat pulak si Teteh belom mandi, sebab hari ahad masa mandikan bebudak tu, si Teteh tak balik. Tunggu punya tunggu sampai ke petang dia tak balik balik, geram betol!


So tanpa berfikir panjang, aku campak handbag ngan bag laptop terus sinsing kain kejar si Puteh. Dapat je tangkap dia terus hangkot masuk bilik air, tengok cuaca pon cerah lg masih ada matahari memang sah sah la kena mandi nih muahahaha.... Sudahnya aku mandikan Teteh dengan berbaju kurung lengkap dengan tudung yer, kompem kompem masuk kategori wanita muslimah lah muehehe... Mandikan ngan warm water bersama shampoo bluebery, amat lah mangie baunya.


hangin je budak ni kena mandi, terus carik tempat panas nak berjemur hehe...

jilat jilat bulus nak keringkan badan

tengok tu muka Teteh dah bercalar balar haihh...

bulat mata nampak kucing jantan lain kat seberang jalan, haippp!

tengok! pemalas nak keringkan bulu, dah jom masuk dalam!

kena kurung dalam bilik, dok menyelit kat celah bantal tanda protes huhuu..

oke! sangat tak handsome muka dah calar camtu yerk

last-last tertidur jugak hehee....
lepas maghrib baru Teteh keluar bilik, 
sambung tidur kat luar pulak
meh kita skodeng aksi-aksi beliau

|
|
|
|
|
|
V


dah penat tidur kat atas kerusi, Teteh turun bawah terus menyelit kat aku, sukanyaa...............dah lama tak manja-manja ngan Teteh camni, kalau dulu memang selalu camni la dia kalau nak tido mesti carik ketiak tak busuk aku nak tidur menyelit hihi...suka suka. Teteh suka tidur menyelit pastu suka orang tepuk-tepuk montot dia, makin lenalah tidurnya kalau camtu.



walaupon sengal tangan ku tahan, Jebon...


Teteh tidur ngan aku sampai ke subuh esok paginya tahu! Suka sangat tengok dia tidur kemain lena lagik, puas dapat pelok pelok dia, baru lepas mandi lak tu, mangie jew~  Pukul 6 aku terjaga tengok si Teteh tengah dok melik-melik mata tengok aku, halohhh baiknya dia tak meow-meow pon. Bangun pelok pelok dia then bawak g dapur bagi makan, lepas minum Puteh mengiau kat pintu nak keluar. Sebab dia good boy sepanjang malam so aku pon dengan senang hati bagi dia keluar sambil pesan soh dia balik lagi petang ni 


p/s: tak sabar nak tunggu petang ni, harap-harap dak jebon sorang ni balik la hendaknya wee~

suka?

6comments: