Wednesday, September 8, 2010

Raya KHAMIS??? Oh! tidakkkk.............

Khabar angin sepoi-sepoi bahasa ada mengatakan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari KHAMIS! (sambil terbeliak bijik mata) Kalau la betul raya hari khamis memang haru dibuatnya. Apa tidaknya segala lauk, rempah ratus, sayur belum dibeli...ayam lembu kambing belum disembelih, kayu api pon tak sempat nak carik...*pengsan! Ok memang itu sudah terlebih exaggerate. Tapi walaupon tidak menunjukkan perkara yang sebenar tetaplah keadaan akan menjadi huru hara.


Keluarga saya pulak jenis suka shoping last minute terutamanya abah, hari sebelum raya siangnya tu dah siap masak, siap-siap isi kuih raya dalam balang, rumah pon dah siap kemas kan then malam tu barulah meronda bersama ayahanda, bonda dan adikda-adikda semua. Abah masa tu baru sibok nak beli baju raya, seluar raya, kasut raya..mak pulak matanya masih melilau meriki2 baju raya walaupon baju raya beliau dah siap 3 bulan yg lepas, adik-adik suka membazir membeli ntah pape. Saya pulak bukan nak shoping apa pon baju, kasut, handbang, tudung semua dah beli awal tahun dulu wakaka.... Saya memang suka beli awal-awal bukan beli untuk raya pon...memang suka membeli je bila berkenan Jadi harapnya raya bior la tetap hari jumaat yerk...


Ketupat yang belum siap dianyam


Ketupat pon masih ada setengah ikat lagi yang belum dianyam. Memerlukan tahap kesabaran yang paling maksimum nak anyam ketupat ni, bukan sebab tak reti tapi sebab diganggu oleh dua makhluk perasan comel si Kakak Baby dan Baby Mushuk. Yang lain tu kacau jugak tapi sekejap jelah, bila dah hilang jakon ngan daun kelapa tu dah jemu tak la mengacau lagi. Tapi budak dua hekor ni, masya'Allah.... memang rasa macam nak kunyah-kunyah aje! Degil sungguh! melompat-lompat, melenting-lenting nak menangkap daun kelapa masa orang tengah menganyam tuh, geram betol!


 Baby Mushuk yang sudah berjaya mengatasi ketakutannya pada lampu kelap-kelip


Rumahku yang telah dipasang dengan lampu kelap-kelip. Cantik tak? Cantik tak? cantikk.... *tepuk tangan (tiru gaya Eric Leong) First time pasang lampu kelap-kelip, kelakar sangat tengok gelagat budak dua hekor ni. Si Kakak Baby punya la takot tengok lampu tu berkelap-kelip siap lari pecut sembunyik kat dalam rumah, si Baby Mushuk pulak berjalan rendah macam askar nak mengendap musuh hahahah... Terjal-terjal budak dua hekor ni, penakot juga rupanya. Kalau dengar bunyik mercun jangan citer lah...memasing menyorok ada yang kat bawah gobok ada kat bawah meja, nampak mata je ngan telinga bergerak-gerak


p/s: raya ni nak kena beraya kat rumah orang yang pure jawa sebab nak makan lepat pulut yang sungguh enak ituh nyum nyum...

9 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

kalo raya khamis lah.
nampaknya terpaksa pakai baju cotton la dalam bas..makan kuih raya dalam bass.
arghhhhhhh..tidakkkkk

lin balik naik bas malas nak drive.
jgn lah kamis...
bestnya ketupat...umah lin makan ketupat segera cap adabi jerk.lin tak pandai nak anyam...abg lin pandai..jelesnyaaa.
kelip-kelip memang ada...tak raya pon pasang gak.
hhahhah...

sweetsal said...

haa..dgr jugak khabar angin kata raya esok..hehe gelak besar tgk sikakak baby takut gn lampu kelip2..jakun betui dorang ni ye..

saya said...

amboi meriahnya persiapan.. saya tak buat ketupat le kot tahun ni..tak cukup tangan dah... rebus nasi himpit adabi sudahhhhh.. hehehhee... selamat hari rayaaaaaaaaaaaaaaa...

Kazen said...

kalaulah ari khamis maknenye pagi raye laa diri ku smpai...uwaaaa

Selamat Hari Raya Aildilfitri Maaf Zahir Batin

Kazen said...

kalaulah ari khamis maknenye pagi raye laa diri ku smpai...uwaaaa

Selamat Hari Raya Aildilfitri Maaf Zahir Batin

ItaJeff said...

harap2 raya jumaat ni....

Nur Misnan said...

salam meoww
baru plan hari ni nak shoppg..
kalau confirm raya esok,
nga nga le adik2 raya dalam bas..

InsyaAllah .. kita raya jumaat =)

Sharinginfoz said...

selamat hari raya

e.t.t.y said...

dah lama kot tak makan ketupat daun tu. bestnya. nanti makan, ingat kt mak etty ye aunty...

sakit perut tahan gelak tang baby musyuk berjalan rendah tu. hahahahaha.

adoi lah. macam mcam