Tuesday, September 14, 2010

Seribu Satu (1001) KISAH RAYA

Share
Assalammualaikum w.b.t


Hello semua! Happy Hari Raya, Sorry Body and Soul wahh gitew....saje la nak bagi ucapan raya lain sikit, asik asik Selamat Hari Raya, Maap Zahir Batin je kann... So amacam raya tahun ni, ada bagus? ada meriah? ada bertambah berat badan?? opss! itu soklan sensitip yer...raya raya ni lupakan soal diet miet, bedal saja apa yang ada. Kata nak meraikan kejayaan berpuasa sebulan...masalahnya cukup ke sebulan huahua...


Wahh terasa dah lama sangat tak update blog, kata raya...haruslah pergi beraya menziarahi sanak saudara, takan nak mengadap laptop menghupdet belog aje kan harus dipelangkung oleh ayahanda tercinta huhuu... Raya saya tahun ni sgt la padat jadualnya, raya pertama tu macam biasa beraya ke rumah pokcik dan mokcik sedara belah abah dulu peh itu raya kedua pulang ke kampung mak di Muor, beraya rumah atuk sedara, nenek sedara, pak sedara, mak sedara, sedare mare....pehh ramai giler! Kat kampung mak ni memang tak larat nak beraya, punyalah ramai sedare mare yang tak penah jumpa pon ada, siap ada yang baru nak berkenalan kat situ juge.. eh awak anak sapa?? ooo awak yg dulu kecik-kecik suka pakai selipar terbalik tu yerr..?? gitu la ropenye.... Raya ketiga pulak pegi ke rumah Pak Long kat Klang peh itu baliknya singgah ke rumah Pak Ngah kek Soromban. Kiteorang jenis beraya balik hari, tak suka nak tido-tido rumah orang...tidur pon kalau terpaksa. Maklumlah sejak atuk nenek dua-dua belah mak ngan abah dah tak ada, memang jarang tidur rumah sedara mara. Raya keempat tu barulah dapat rilek melepak-lepak kat rumah, beraya pon yang dekat-dekat ajelah, kain baju yang dah melambak tu haruslah dibasuh jadi sesambil melepak makan kuih sesambil membasuh baju, sesambil menengok telebisyen sesambil menyidai baju begitu la kesahnya raya saya setelah diautosumkan...


Sila abaikan wajah yg tak semengah ituh, wajah keletihan setelah beraya ke rumah yang ke berapa tidaklah terhitung hendaknya


Sebenarnya raya ni amat bermakna untuk saya, kerana apa? kerana...saya dengan jayanya telah menjadik nenek segera kepada cucu-cucu saya yang baru dilahirkan pada 12 Sept 2010 bersamaan dgn Hari Raya Ketiga. Cucu?? yer cucu...anak kepada Kakak Baby. Haa...jangan terkojut, sila tutup molot yg terngaga itu kerana saya sendiri masih lagi terkejut dengan berita gumbira ini. Al-kisahnya si Kakak Baby ni memang semakin la besar perotnya dan telah ditegur oleh mak saya, kata mak "lain macam perut si Kakak Baby ni ntah-ntah berisi". Eh! saya sekeras-kerasnya menidakkan kata-kata mak saya tu, tak kan la bunting bila masanya dia mengawan? kan si Kakak Baby tu kocik sgt lagi, masih aktif terloncat-loncat, terkinja-kinja bermain dan bergurau senda dgn adiknya Si Baby Mushuk tak ada tanda-tanda dia bunting pon. Cakap kat mak, Kakak Baby tu nak gemok bukannya bunting...haa yelah mak kata. Sekali tu tuhan nak tunjuk kebenaran kata-kata mak aku, tengah-tengah Kakak Baby baring, jelas ternampak benjolan pada perot Kakak Baby yg terbentuk akibat babynya bergerak (dah cukup bulan la tu huhuu...) tulah len kali jgn beta cakap ibu ye kawan-kawan. Tak menyempat nak buat operation nak ikat dah termengandung haihhh..... redho ajelah.


Sebab tak mengira dah berapa bulan Kakak Baby ni bunting jadinya tak tahu lah bila due date nya kan...bila flash back balik ada satu hari tu mak kata, musim mengawan si Kakak Baby ni ada la duduk melepak kat luar rumah. Kak luar rumah tu pulak ada 3 ekor kucing jantan tengah nak berebut mengawan dgn sekor kucing betina, dah si Kakak Baby tu duk menyibok kat situ dengan dia dia sekali kena (kena rogol la tu) aduh kesiannya..... Pastu ada satu entri yg aku buat masa si Kakak Baby demam, ropenya deman nak lekat la tu yerk..wooo baru la cek tawu noo... Rasanya memang dah cukup bulan ni sebab Kakak Baby pon dah sibuk asik nak mengorek gobok je nak masuk, cakap kat Kakak Baby.."jangan la beranak kat dlm lemari baju tu nnti habis la kena kat baju mummy sume", sediakan kotak alaskan kain siap-siap pesan kat Kakak Baby nanti beranak kat dalam ni yer...dinengok je muka kita ni, ntah kan paham ntahkan tidak huhuu... Pulak-pulak di hari raya ni kan, asik la kena tinggal. Tinggal-tinggal pon hati tak senang asik la teringat kat dia, apa khabornya? dah beranak ke? ok ke dia? aduhaii... Dipendekkan cerita, balik dari Soromban tu sampai-sampai rumah tengok Kakak Baby duduk kat dlm cat house kat luar rumah, bila dia nampak je aku keluar dari kereta terus dia bangun, sekali tergolek-golek anak dia jatuh! Makkkkkk!! Kakak Baby dah beranak! Alhamdulillah semuanya selamat...anak-anaknya pon bolat-bolat belaka weeee~~~ 


Macam tulah serba sedikit kesah di hari raya kali ni sedih, gembira, terharu dan teruja sebab dapat cucu, tapi tapi...tak nak la bahasakan diri nenek nak bahasakan mummy gak boleh kan....hehehe. Kakak Baby pon dah tak buleh jadik Kakak Baby lagi kena jadik Kakak Mummy pulak yerk.....



p/s: 

1) baby mushuk?? baby mushuk steady je kakak dia dpt baby baru, siap boleh temankan Kakak Baby menyusukan babynya, tolong bersihkan adik-adiknya lagi...dia pon sama teruja dpt adik, sonok sgt sampai kadang tu tak boleh lepa kalau tidak adiknya yg kocik gitu diajak bergasak sama, menakotkan ngeee......

2) Kakak Baby pulak lepas beranak nih selamba jek berlari berkejar-kejaran, bergumpal-gumpal dan bergurau senda dgn Baby Mushuk, mak aku yg bising...dimarahkan Kakak Baby soh dok diam-diam katanya "kamu tu kan dalam pantang cuba duduk diam-diam"  Si Kakak Baby tu tak sedo diri agaknya dia dah jadik ibu huhuu...

3) tiada gambar anak-anak bulus yang kenit-kenit ituh, sila sabar menunggu sehingga mereka dewasa sedikit yer...(budget mcm artis nak sorok-sorok anak??) very the!!


suka?

9comments: