Thursday, September 23, 2010

Tengah-Tengah Hari Buta Aku Terpaksa Gagahkan Diri Untuk Menanam Si Comel Yang Kurang Bernasib Baik

Aku tengah sedih sangat sekarang ni, sedih yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata...aku baru saja menyaksikan kematian seekor anak kucing yang kurang bernasib baik.

Lunch macam biasa aku akan pulang ke rumah, perkara pertama yang aku buat kasi makan kat anak-anak bulus tak sempat nak bukak tudung terus ke dapur melaksanakan tanggungjawab. Lepas bagi anak-anak aku makan, aku akan gaulkan nasik bersama ikan atau ayam kepada stray cat yang banyak kat luar rumah tu. Tetiba mak bagitau katanya ada jiran cakap dia macam nampak ada anak kucing mati kat dalam gelung kat bawah pokok rambutan di luar rumah, mak memang tak berani nak tengok dekat kalau ada bab-bab kucing sakit atau mati ni, beliau tak berani dan tak tahu nak buat apa. Terkejut dengan kata-kata mak aku terus pegi tengok, memang betul apa yang mak cakap....ada seekor anak kucing yang baru lahir, terbaring sudah tidak bernyawa di situ.


Teringat pada seekor kucing betina yang selalu menumpang makan kat rumah ni, aku syak itu adalah ibunya kerana bulu mereka sama. Carik-carik tak jumpa pulak kucing betina tu, aku terus amik parang kat dapur nak gali tanah sebab carik cangkul tak jumpa. Tetengah gali tu kucing betina tu datang mengiau-ngiau pada aku, memang sedih dengar suara dan melihat pada wajahnya seakan dia datang nak mengadu pada aku. Bila dia datang dekat aku lihat di bahagian bawah tu masih ada kesan darah, memang sah dia yang melahirkan anak kucing tu.


Wajah ibu yang baru kehilangan anaknya

Lepas siap mengali aku angkat anak kucing tu untuk ditanam tapi ibunya laju menolak tangan aku menggunakan kepalanya, agaknya dia tak bagi aku usik anaknya yang sudah tak bernyawa tu. Sambil usap-usap kepala si ibu aku cakap baik-baik padanya "anak kamu dah tak ada, bagi la mummy tanam biar dia tidur kat dalam tu nanti tak ada yang ganggu"  Memang sedih sangat-sangat masa tu, dada terasa sebak sangat menahan sedih.


baby meow tidur elok-elok yer kat dalam ni

Aku tak sanggup nak tangkap gambar si comel yang sudah tidak bernyawa tu, memang sedih sgt tengok keadaannya. Biarlah korang semua membayangkan si comel tu sama seperti anak kucing comel yang sedang tidur lena.


Lepas je siap ditimbus si ibu terus dudukkan kubur anaknya, aku tak pasti apa maknanya tu sebab sepanjang masa si ibu di situ memerhatikan anaknya ditanam sehingga selesai, masa ni jangan cakap la aku dah macam orang gila tetengah hari buta menangis kat bawah pokok rambutan kat luar rumah tu... ah dulik!! aku terlalu sedih dan sangat bersimpati pada ibu kucing ni...


Aku temankan si ibu sebentar, kami sama-sama berkongsi perasaan sedih.. entah macamana seakan aku sangat memahami apa yang sedang ibu kucing ini rasai pada saat dan ketika ini. Tiba-tiba si ibu bangun dan terus masuk ke dalam gelung di tempat anaknya tadi, si ibu terhidu-hidu dan tercari-cari mungkin masih ada bau anaknya di situ. Aku menangis lagi.....ya Allah sedihnya...sungguh sungguh aku tak dapat nak membendung rasa sedih ini.





Setelah dapat mengumpul kekuatan aku pujuk si ibu katakan padanya,  

"anak kamu kan mummy dah simpan kat bawah tu, dia tengah tidur ibu jangan la risau"


p/s: sungguh aku sedar setiap yang hidup pasti akan mati, ya Allah tabahkan hati ku untuk menghadapi hari-hari itu...

15 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

aduhai.
masih cuba menahan airmata ini dari jatuh.
tapie tewas jugak akhirnya.
terima kasih buat kamu menanamnya, sekurang-kurang dia masih punya kubur untuk ibunya lawatie.

ItaJeff said...

sedih :((((((((

m4rilyn said...

sedih..lagikan kucing sayang kan anak..

RIP baby cat

sweetsal said...

sedih dan kesian tgk ibu kucing tu..anak dia dh mati tp masih mencari-cari..kucing pun sayang anak..huhu

Chika said...

Sebak pulak hati dengar kisah Meowwmania. Kesian si ibu tu. Mesti dia sedih sangat2. Paham sangat perasaan Lin. Sabar ye...

nur anis said...

memang tak sampai hati tengok kucing yang hilang anak..sedih rasanya..

en. AMD said...

x tahu la mcmmana nk hadapi benda2 mcm ni bila terjadi... sy sendirik jns yg penakut bab2 mcm ni... hwa hwa hwa....

Sharinginfoz said...

kesian kat anaknya kan

Felis PUCCA said...

nangis......T,T....

Papa Hero said...

kesian ibu kucing tu...dia tak tahu nak ngadu kat sape la tu....mmg perasaan sayang amat menebal di kalangan haiwan...tq cik lyn sbb tanam arwah tecit tu..

Adem Aizad said...

terasa sedih bila baca cerita nie just wonder nape ada manusia yg still sanggup buang anak...

marina anakcikbob said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........
meowwmania,aku xkesah ko nanes bawah pokok rambutan pagi, tghari / petang..
kalo aku ada dengan ko saat tu, aku nanes sama dengan ko!
sebab aku penah meraung2 bawah pokok rambutan sebab putih aku mati..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

thefluffies said...

I'm sorry about ur loss.
Hugs and purrrrs for si ibu...

thefluffies said...

I'm sorry about ur loss.
Hugs and purrrrs for si ibu...

nurul said...

sedeh .........:(