Sunday, October 24, 2010

Dua Berita Dari Kosmo Ahad Membuatkan Aku Sedih Dan Gembira

Share
4 JAM SELAMATKAN ANAK KUCING, itulah tajuk berita yang membuatkan aku terkejut dan sedih. Kejadian yang berlaku di Sydney apabila seekor anak kucing yang baru berusia 2 hari telah dipam masuk ke dalam tandas oleh anak perempuan pemilik kucing tersebut. Dan operasi untuk menyelamatkan anak kucing malang itu mengambil masa selama 4 jam. Mujurlah anak kucing yang diberi nama Cain itu dapat diselamatkan. Sedihkan...tak dapat nak bayangkan keadaan anak kucing tu.


 "weiii budak apsal ko nakal sangat hah?? 
meh sini aku piyat tinge tuh!!"


Tajuk berita yang membuatkan aku ceria dan gumbira pula adalah, KUCING PANJANGKAN USIA...

Dr Henry S. Lodge pakar kesihatan Amerika Syarikat, mendakwa memelihara kucing mampu mengurangkan risiko kematian seseorang. Ujarnya, individu yang memelihara kucing memiliki kecenderungan rendah untuk mendapat serangan penyakit jantung berbanding mereka yang tidak memelihara haiwan itu. Selain itu, kucing juga dikenal pasti dapat mengurangkan perasaan sepi dan tekanan yang dialami pemeliharanya. Situasi ini secara tidak langsung dapat memanjangkan usia pemiliknya. Insya'Allah, mudah-mudahan la yer.....


p/s: aku masih tak puas hati lagik dgn budak pompuan tuh ah! tak kiralah walau dia budak kecik. kalau la sekecil ni dah ada keberanian buat macam tu kat makhluk hidup, dah besar ntah apa lagi yg dibuatnya. Harap ibunya lebih berhati-hati di lain kali dan perati peratikan lah sikap anaknya tu.

suka?

12comments: